Wednesday, 21 November 2012

KARI IKAN BAWAL



KARI IKAN BAWAL
Bahan-Bahannya:
2 ekor ikan bawal saiz sederhana - dipotong 2 atau 3 bahagian
4 sudu makan rempah kari ikan - dicampur dengan sedikit air supaya menjadi pes yang pekat
2 sudu teh herba campur
2 tangkai daun kari
2 biji cili hijau - dipotong 1 inci
1 ibu jari asam jawa - dicampur dengan 1 mangkuk air
1 mangkuk santan
10 biji kacang bendi

Bahan Dihiris Nipis:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar - saiz sederhana
1 inci halia

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. (Saya suka masak kari ikan guna kuali supaya mudah dikacau dan ikan tidak hancur).
  2. Tumis bahan hiris hingga wangi. 
  3. Masukkan rempah kari ikan, daun kari dan cili hijau. Tumis hingga kari pecah minyak. Pastikan sentiasa dikacau supaya kari tidak berkerak.
  4. Masukkan air asam jawa dan santan. Kacau rata hingga kuah mendidih.
  5. Masukkan garam dan sedikit perasa. Masukkan ikan dan bendi. Kacau rata dan tutup kuali sebentar (lebih kurang 10 minit).
  6. Rasa garamnya. Bolehlah ditutup apinya.


Monday, 19 November 2012

SOTO AYAM

SOTO AYAM
Bahan-bahan 
• Nasi impit.
• 1 ekor ayam, dibelah empat
• 2 liter air
• ½ cawan santan pekat
• 1 peket kecil rempah sup FAIZA – dlm ni dah ada semua. So tak perlu lagi masuk rempah tumis bagai.
• ½ peket kecil rempah kurma FAIZA
• 3 batang serai, dititik
• lengkuas sebesar ibu jari, dititik
• garam secukup rasa
• minyak untuk menumis

Bahan untuk Ditumbuk
• 2 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 1 inci kunyit hidup

Cara: 
Tumis bahan tumbuk, serai yg dititik dan lengkuas yg dititik hingga wangi. Masukkan air, rempah sup, rempah kurma, ayam. Biarkan mendidih. Masukkan santan dan garam. Bila ayam sudah masak, keluarkan ayam, siat2 kecil. Tulang dan kulit ayam jgn dibuang. Masukkan semula ked lm kuah sup, tambah lagi air jika perlu. Sesuaikan garamnya, masukkan daun sup. Siap.


SAMBAL KICAP
Bahan-Bahannya:
• Segenggam cili padi
• 2 ulas bawang putih
• Kicap manis kipas udang

Cara:
Goreng cili dan bwg dlm sedikit minyak. Kisar dgn kicap. Siap.

BERGEDIL DAGING
Bahan-Bahannya:
• Daging kisar
• Kentang – digoreng dan ditumbuk lumat.
• Bawang goreng
• Daun sup – dipotong2.
• Sedikit garam
** Gaul semua, kepal sebesar bola pingpong (agak2 la), leperkan sikit, celup dlm telur dan goreng.

Bahan Hiasan
• bergedil
• taugeh 
• daun sup, dipotong halus
• bawang goreng
• sambal kicap
• ayam, yang telah disiat-siat
• Suun goreng
• Kacang tanah goreng

Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan





Saturday, 17 November 2012

SAMBAL IKAN BILIS

SAMBAL IKAN BILIS
Bahan-Bahannya:
Segenggam ikan bilis - dibasuh (kalau suka boleh digoreng dulu)
2 sudu makan cili kering kisar
1 ibu jari asam jawa - dicampur dengan 1 cawan air
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dipotong bulat
Garam gula secukup rasa

Bahan Tumbuk:
10 - 15 biji cili api
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
 2 inci belacan

Cara Memasaknya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. tumis bahan tumbuk dan cili kering hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan ikan bilis dan bawang besar. Gaul rata.
  3. Masukkan air asam jawa. Gaul rata dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata. Jika pekat sangat boleh tambah air.
  5. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.



AYAM SUMOR SOLO

Ayam sumor solo ini adalah salah satu resepi tradisional masyarakat jawa yang dihidangkan semasa upacara-upacara besar seperti kenduri-kendara, hari raya dan sebagainya.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat baik saya Cikgu Hamidah Hamlawi kerana sudi untuk berkongsi resepi ini dengan saya. Setelah dicuba memang ternyata masakan ini sedap sekali dan mempunyai rasa yang tersendiri dengan bau wangi rempah yang disangai, memanggil-manggil kita untuk menikmatinya. Sesuai untuk dinikmati bersama nasi atau ketupat. 
Jom! Kita semak resepinya.

AYAM SUMOR SOLO
Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam - dipotong 4, digaram kunyit dan digoreng separuh masak. (Saya potong kecil-kecil untuk mudah, sesuai untuk hidangan keluarga)

3 sudu makan kerisik
Santan dari sebiji kelapa
3 batang serai - dititik
2 sudu makan cuka
5 sudu makan kicap lemak manis
garam gula secukupnya


* 3 sudu makan rempah ketumbar
* 2 sudu makan jintan putih

Bahan * hendaklah disangai hingga wangi. Boleh guna serbuk atau biji. Jika guna biji, boleh dikisar sekali dengan bahan kisar halus.

Bahan kisar halus
4 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
1 inci halia



Cara Memasaknya:

  1. Di dalam kuali atau periuk, masukkan sekali santan, rempah ketumbar, jintan, bahan kisar dan kerisik. Masak dan kacau sesekali sehingga naik bau.
  2. Masukkan cuka, kicap, garam dan gula. Masak lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam goreng dan masak hingga kuahnya pekat dan agak kering.
  4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Friday, 16 November 2012

SAMBAL TUMIS SOTONG

SAMBAL TUMIS SOTONG
Bahan-Bahannya:
10 ekor sotong - dibersihkan dan disejat dalam tapis untuk keringkan airnya
4 sudu makan cili kering
sebesar ibu jari asam jawa - campur 1/4 cawan air
2 biji bawang besar - dipotong bulat

Bahan Tumbuk Lumat:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Masak hingga garing.
  4. Masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata dan masak hingga bawang layu. (Bila bawang besar semua dah layu, menunjukkan bahawa sotong pun sudah masak.. Pastikan sentiasa kacau sotong tu supaya masak rata.)
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
## JANGAN masak sotong terlalu lama kerana daging sotong akan jadi keras dan kenyal..



Tuesday, 13 November 2012

KEK SARANG SEMUT



KEK SARANG SEMUT
Bahan-Bahan 1:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 sudu makan planta

Cara-caranya:
Masukkan gula ke dalam periuk.

Masak gula hingga cair dan berwarna perang.

Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Masa ini kena berhati-hati ye kerana gula yang panas akan memercik bila dituang air panas. Sebab itu kena tuang air panas tu sedikit demi sedikit. 
Bila gula sudah sebati dengan air, tutup api.

Masukkan planta dan kacau hingga planta larut sekata. Sejukkan.

Bahan-Bahan 2:
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu pekat

Cara-caranya:
  • Ayak tepung + soda bikarbonat. Ketepikan.

Pukul telur hingga kembang. Gambar atas ni belum kembang ye.. 

Ha! yang ini baru dikatakan kembang....

Bila telur sudah kembang, masukkan susu pekat dan kacau hingga rata. (Guna speed rendah je..)
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus dipukul rata. (Juga guna speed rendah je..)

 Akhir sekali, masukkan air gula yang sudah disejukkan tadi. Pukul sebati.
Perapkan adunan ini selama 2 hingga 3 jam.

 Setelah 3 jam, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan. 
Masukkan ke dalam oven suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak. 
Kali ini saya gunakan magic pan vantage. Jadi tak perlulah digriskan. Lepas masukkan adunan, saya bakar di atas dapur gas menggunakan api yang paling perlahan. Biarkan tudung pan terbuka.

 Selepas 15 minit, adunan akan mendidih. Biarkan aduna habis mendidih, baru tutup tudung pan. Biarkan selama lebih kurang 5 minit atau hingga atasnya kering. Boleh juga kalau mahu terbalikkan pan ni untuk bakar di atasnya sebentar. 

 Inilah hasilnya KEK SARANG SEMUT SAYA...
Rasa-rasanya, semut akan confius tak tengok sarang ni? hehehe..

Monday, 12 November 2012

SAMBAL TELUR SCRAMBLE

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua ye... resepi sambal telur scramble ni adalah resepi anak sedara lelaki saya Iswandi Sukar... Sambal telur scramble ni memang simple sangat, tapi sedap sangat terutama bila makan dengan nasi yang panas-panas. Ada pulak ikan kering goreng atau ikan pekasam goreng... Ermmmm... memang boleh bertambah-tambah makan nasi... Kalau ada orang datang, memang buat derk ajelah... hahaha... Ok.. Jom! kita jengah-jengah resepinya...

SAMBAL TELUR SCRAMBLE
Bahan-Bahannya:
5 biji telur ayam
5 sudu makan cili kisar
2 biji bawang besar - potong baji
sedikit air asam jawa
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu makan udang kering

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  4. Masukkan bawang besar yang dipotong baji. Masak hingga bawang layu. Angkat dan ketepikan.
  5. Menggunakan kuali yang sama, Masukkan sedikit minyak dan panaskan.
  6. Masukkan kesemua biji telur. Kacau hingga hancur dan menjadi scramble egg.
  7. Masukkan semula sambal tumis tadi ke dalam kuali berisi scramble egg tadi dan kacau rata.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.