Saturday, 4 August 2012

PATI AIR FANTA HIJAU

Resepi ini asalnya dari sahabat saya Suriani Osman.. Memang sedap dan rasanya serta baunya memang seperti Fanta Hijau yang kita biasa beli di kedai. Sesuai sangat untuk sambutan hari raya nanti. Jom! kita cuba buat.

 PATI AIR FANTA HIJAU
Bahan-Bahannya:
3 kg gula
2 liter air
1 botol kecil (330 ml) oren sanquick
1/2 botol pewarna hijau
1/2 botol esen pisang

 Cara-caranya:

  1. Masak air dan gula hingga mendidih dan gula larut.
  2. Masukkan oren sunquick dan pewarna hijau. Biarkan mendidih.
  3. Tutup api, baru masukkan esen pisang. Kacau rata dan sejukkan.
  4. Simpan dalam botol dan bancuh dengan air dan ais bila mahu dihidangkan.


Monday, 30 July 2012

COLESLAW

 COLESLAW
Bahan-bahannya:
Kobis bulat
Karot merah
Coleslaw dressing - saya guna Lady's Choice

 Cara:
Sagat kobis menggunakan lubang sagat yang besar.
Sagat karot menggunakan lubang sagat yang paling kecil
Campurkan semua bahan dan gaul rata.
Masukkan dalam tupperware bertutup dan masukkan dalam peti ais
Sedia dinikmati.

** kalau takde sagat, boleh dihiris halus guna pisau.


Sunday, 29 July 2012

CUCUR UDANG

 CUCUR UDANG
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
Udang - (dibuang kulit)
Daun kucai - potong 1 1/2 inci)
Taugeh
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
3 biji bawang besar
1 biji telur
2 sd teh garam
1 cawan air

 Cara membuat:

  1. Kisar bahan kisar hingga halus dan telur agak kembang.
  2. Masukkan tepung ke dalam besen. 
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung dan gaul rata. Adunan jangan terlalu pekat.
  4. Masukkan udang, kucai dan taugeh. Gaul rata.
  5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, jemputkan adunan ke dalam minyak yang panas. Masak guna api sedehana hingga perang. Angkat dan toskan.
  6. Nikmati bersama kuah kari atau kuah kacang atau sos cili atau sos tomato.


Thursday, 26 July 2012

APPLE PIE GORENG ALA McD

APPLE PIE ALA McD
Bahan-bahannya: (boleh dapat 6 - 8 keping pie)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan shortening - (boleh juga guna mentega yg mesti dlm keadaan beku)
1 sd teh garam
1/2 cawan air sejuk

Bahan inti:
2 biji epal hijau - kupas kulit dan potong dadu
1/3 cawan gula
1/2 sd teh serbuk kayu manis

 Cara-caranya:
Untuk Inti:

  • Campurkan epal, gula dan serbuk kayu manis ke dalam kuali. 
  • Masak menggunakan api yang kecil hingga epal lembut.
  • Lenyek 1/4 epal dengan garfu, selebihnya biar berketul. Ke tepikan.

 Untuk Kulit Pie:

  • Ayak tepung. Masukkan garam. Potong shortening/mentega yang masih beku. 
  • Gaul shortening/mentega dengan tepung menggunakan hujung jari, ramas sehingga bergentel. 
  • Masukkan air dan gaul dengan garfu.


  • Canai atas papan. Potong panjang 8 cm dan lebar 6 cm. (macam McD punya pie lah..)
  • Letakkan inti di tengah pastry. Gunakan air sejuk di tepi pastry dan lipat. Kemudian tekan dengan garfu di sekeliling pastry agak2 setengah inci.


  • Panaskan minyak dalam kuali menggunakan api sederhana besar. 
  • Goreng pie satu persatu hingga masak dan kekuningan.
  • Toskan atas tisu dapur supaya serap minyak.
  • Sedia untuk dihidangkan. Sedap makan semasa panas-panas.

CENDOL

CENDOL
Bahan-bahan untuk cendol:
50g tepung Hon Kwee
40 g tepung beras
10g tepung ubi
1/2 sd teh garam
3 sd mkn gula
625 ml air pandan
1/2 besen air ais
Acuan cendol


1/2 besen air ais


Acuan cendol yang saya guna

 Cara:
  1. Mesin daun pandan yang digunting pendek bersama 625ml air, kemudian tapis untuk dapatkan air pandan.
  2. Bahagi air daun kepada 420 ml dan 225 ml. 
  3. 420 ml air daun pandan dididihkan.
  4. Sementara itu, larutkan semua tepung, garam dan gula pasir ke dalam 225 ml air daun pandan. Gaul rata.
  5. Sementara tunggu air daun pandan mendidih, sediakan besen berisi air ais dan acuan cendol.


Bila air pandan mendidih, masukkan adunan tepung sambil jangan berhenti mengacau hingga adunan menjadi transparent.

Masukkan adunan ke dalam tapis acuan cendol, tekan-tekan supaya cendol masuk ke dalam air ais selama 10 - 15 minit hingga cendol keras.


Bahan Untuk Santan:
1000 ml santan pekat - saya guna santan kotak je
1/2 sd teh garam
2 helai daun pandan - disimpul

Cara:
Didihkan semua bahan sambil terus dikacau supaya tidak pecah lemak. Tutup api, ke tepikan.


Bahan Untuk Air Gula:
250 g gula melaka/ gula merah
250 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara:
Didihkan semua bahan hingga gula larut. Tutup api dan ke tepikan.


Cara menghidang:
  • Masukkan beberapa ketul ais ke dalam gelas.
  • Sudukan sedikit kacang merah dalam tin.
  • Masukkan sedikit air gula merah.
  • Masukkan cendol.
  • Masukkan sedikit santan.
  • Sedia untuk dinikmati.


Tuesday, 24 July 2012

AYAM PERCIK

 AYAM PERCIK
Bahan-bahannya:
10 ketul ayam
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - dibuang tulang dan dihiris halus
2 helai daun limau purut - dibuang tulang dan dihiris halus
1 keping asam gelugor / air asam jawa
Garam
Gula
Bahan Kisar:
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 cawan santan
5 - 6 biji cili kering
3 - 5 biji cili api
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai - dihiris halus

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, 2 batang serai, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan asam gelugor, garam dan gula. Kacau rata.
  3. Masukkan ayam, santan, daun kunyit dan daun limau purut. Masak hingga ayam masak. Asingkan ayam dan kuah terus dididihkan hingga agak pekat. Tutup api.
  4. Masukkan ayam ke dalam oven atau bakar.. (Saya menggunakan double sided non-stick pan) hingga ayam agak garing.
  5. Masukkan ke dalam pinggan hidang dan curah dengan kuah yang lebih tadi. Sedia untuk dinikmati.


LASSI MANGGA

 LASSI MANGGA
Bahan-bahannya: (Sukatan untuk satu gelas)
100 g plain yogurt
100 ml air
200 ml susu rendah lemak (boleh juga guna susu segar)
2 sudu makan gula
1/2 sudu makan fruit paste perisa mangga
beberapa ketul ais

 Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga halus.
  2. Masukkan ke dalam gelas dan hidangkan.

 NOTA:

  • Blend lassi apabila sudah mahu menikmatinya supaya ais tidak cair.
  • Fruit paste boleh didapati di kedai-kedai bakeri. Jika tidak ada fruit paste, boleh saja jika menggunakan sebiji buah mangga masak atau pati mangga apa-apa jenama.