Thursday, 14 November 2013

PULUT-UBI KAYU

PULUT-UBI KAYU
Bahan-Bahannya:
2 cawan pulut - (saya guna pulut susu)
2 biji ubi kayu - dikupas, dicuci dan direbus hingga empuk. Masukkan sedikit garam semasa merebus
Santan cair
Sedikit garam
Ikan kering - digoreng
1/2 biji kelapa parut - (ambil putihnya sahaja)

Cara-caranya:

  1. Didihkan air di dalam periuk pengukus.
  2. Cuci beras pulut.
  3. Masukkan ke dalam loyang.
  4. Masukkan santan cair yang sudah dicampur dengan sedikit garam hingga separas dengan beras pulut.
  5. Kukus sehingga pulut masak. Kacau dengan garfu supaya beras pulut gembur.
  6. Kukus lagi pulut (dalam 5 minit).
  7. Ke tepikan pulut.
  8. Kukus pula kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Jangkamasanya lebih kurang 10 minit. Tujuannya supaya kelapa parut tidak cepat basi atau masam.
  9. Ke tepikan.

 
Bahan-Bahan Untuk Sambal Tumis:
6 sudu makan cili kering kisar
1/2 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 2 cawan air
1 mangkuk ikan bilis
2 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris kasar
Garam
Serbuk Perasa

Bahan Tumbuk:
Sejemput ikan bilis
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan bilis dan bawang besar. Kacau rata.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Jika terlalu pekat, boleh masukkan sedikit air lagi.
  6. Bila sambal sebati dan bawang besar sudah layu, tutup api.
  7. Hidangkan.

Cadangan cara menghidang:
  1. Ambil dua atau tiga ketul ubi rebus. Lenyekkan dengan garfu sehingga hancur.
  2. Campurkan ke dalam pulut. Gaul rata.
  3. Sendukkan pulut-ubi ke dalam pinggan dan beberapa ketul ubi.
  4. Sudukan kelapa parut ke atas ubi rebus.
  5. Sudukan sedikit sambal tumis di tepi pinggan.
  6. Letakkan seekor ikan kering goreng di atas pulut.
  7. Hidangkan.
** Gabungan pulut dan ubi kayu, apabila dimakan dengan ikan masin dan sambal tumis... Mmmmm... memang enak. Tambah pula ubi rebus yang dicicah dengan kelapa parut... Perghhhhh!!!! Mak mertua lalu kat depan pun kita buat dek aje... hahaha...



AIS KRIM NUTELLA

AIS KRIM NUTELLA

Bahan-Bahannya:
1 cawan full cream milk
1/3 cawan Nutella
Acuan ais krim

Cara-caranya:

  • Masukkan full cream milk dan Nutella ke dalam mengisar makanan (blender). Kisar hingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan ais krim.


  •  Masukkan ke dalam freezer hingga beku.
  • Hidangkan. Mudah kan??
Selamat mencuba....

 


Monday, 4 November 2013

BAKSO

BAKSO
Bahan-Bahannya: (untuk 7 - 8 orang)

1/2 bungkus bihun - dicelur hingga lembut dan disejatkan
1 bungkus mee kuning - dicuci 3 kali, dicelur sebentar aje dan disejatkan
50 sen taugeh
1/4 buku kobis - dihiris halus
Daun sup - diracik halus
Daun bawang - diracik halus
3sudu makan lada sulah/lada putih biji - dikisar kering hingga halus

Bahan Untuk Kuah:
1 kilo tulang lembu
1 bungkus rempah sup tulang ADABI
1 bungkus rempah sup bunjut ADABI
2 batang serai - dititik
2 helai daun salam (ini kalau ada. Saya gantikan dgn daun bay kering)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 inci halia
2 sudu teh serbuk lada sulah (ambil dari yang dikisar di atas)
Garam
Serbuk perasa


Bahan Untuk Bebola Daging:
500 g daging cincang
3 biji bawang merah - diracik halus
2 ulas bawang putih - diracik halus
50 g tepung ubi/ tepung jagung
1 biji putih telur
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam

Cara-caranya:

  1. Gaulkan semua bahan untuk bebola hingga sebati.
  2. Bulat-bulatkan adunan daging hingga habis. 
  3. Simpan lebih kurang sejam dalam peti ais.
Cara-cara Untuk Kuahnya:
  1. Rebus tulang lembu, rempah sup tulang dan rempah sup bunjut hingga dagung pada tulang empuk.
  2. Tumbuk lumat halia, buah keras, bawang merah dan bawang putih.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan serbuk lada sulah  hingga wangi.
  4. Masukkan ke dalam periuk sup dan teruskan merebus hingga mendidih.
  5. Masukkan bebola daging tadi. Biarkan masak hingga bebola daging timbul.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  7. Masukkan sedikit daun sup dan daun bawang.
  8. Tutup api dan hidangkan

Bahan Untuk Sambal Kicap:
25 biji cili api
2 - 3 ulas bawang putih
Kicap pekat manis

Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan semua cili dan bawang putih. Tutup segera kuali anda. 
  2. Bila sudah tiada lagi letupan dalam kuali, alihkan tudung kuali dan kacau cili supaya masak rata. 
  3. Bila semua cili dah layu, angkat dan ke tepikan. (Ada petua supaya dipatahkan sikit cili tu sebelum digoreng supaya tidak meletop tapi saya kadang-kadang tu malas. Tutup ajelah kuali tu dengan tudung periuk. hahaha...)
  4. Masukkan cili goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat.
  5. Masukkan cili tumbuk ke dalam mangkuk dan curahkan kicap manis. Kacau rata.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Friday, 11 October 2013

IKAN BILIS GORENG BERKICAP

IKAN BILIS GORENG BERKICAP
Bahan-bahannya:
2 cawan ikan bilis - digoreng rangup
1 cawan kacang tanah - digoreng rangup
1 biji bawang besar - dipotong kasar
5 biji cili kering - dipotong 1 cm panjang
9 biji cili api - dipotong serong
3 sudu makan kicap pekat masin

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar, cili kering dan cili api. Kacau hingga layu.
  2. Masukkan kicap dan sedikit serbuk perasa.
  3. Masukkan ikan bilis goreng dan kacang goreng. Kacau rata hingga kicap pekat dan menyaluti ikan bilis dan kacang.
  4. Tutup api. Hidangkan.
** Lauk ini sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas.
 


SAMBAL TUMIS TELUR

SAMBAL TUMIS TELUR
Bahan-bahannya:
10 biji telur - direbus hingga masak dan dikupas kulitnya.
6 sudu makan cili kering kisar
1/2 sudu makan asam jawa - dicampur dengan secawan air untuk dijadikan air asam jawa
1 biji bawang besar - dipotong bulat kasar
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
1 sudu makan udang kering
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng telur rebus hingga kekuningan. Angkat dan ke tepikan.
  2. Kurangkan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  4. Masukkan air asam jawa. Kalau pekat sangat boleh tambah lagi air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan telur dan bawang besar. Kacau rata.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Masak hingga sambalnya agak pekat.
  7. Tutup api. Hidangkan. 


Thursday, 3 October 2013

ASAM PEDAS IKAN PARANG

ASAM PEDAS IKAN PARANG
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan parang - dipotong 3 bahagian
9 biji kacang bendi
6 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 6 mangkuk air
2 sudu teh halba campur

Bahan Tumbuk Lumat:
2 inci halia
2 inci kunyit basah
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk, cili kering kisar dan halba campur hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kacang bendi layu.
  5. Tutup api. Hidangkan.



MASAK LEMAK PERIA

MASAK LEMAK PERIA
Bahan-bahannya:
1 biji peria - dibelah dua dan dihiris nipis lalu dicuci dengan air garam dan dibilas bersih
1 biji telur
1 sudu teh serbuk kunyit
2 cawan santan pekat
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dihiris nipis
3 biji cili merah - dihiris serong nipis
garam
Cara-caranya:

  1. Panaskan 3 sudu makan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan cili merah dan serbuk kunyit. Tumis sebentar.
  3. Masukkan peria. Kacau rata.
  4. Masukkan santan pekat. Kacau rata hingga peria layu.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  6. Pecahkan telur, biarkan 2 saat dan kacau rata.
  7. Tutup api. Hidangkan.