Friday, 23 August 2013

RENDANG AYAM NEGERI SEMBILAN

RENDANG AYAM NEGERI SEMBILAN
Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam  - dipotong-potong
2 cawan air
2 sudu makan kerisik
2 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit - buang tulang tengahnya dan hiris halus
Garam

Bahan Kisar:
Segenggam cili padi - kalau nak lebih pedas boleh tambah cili api
5 biji cili kering
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas

Cara-caranya:

  1. Gaul ayam dan bahan kisar di dalam kuali. Masak hingga kering sedikit.
  2. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan kerisik, garam dan sedikit serbuk perasa. Masak hingga kuahnya kering dan berminyak.
  5. Hidangkan.


Tuesday, 20 August 2013

KERABU KAKI AYAM

KERABU KAKI AYAM
Bahan-bahannya:
12 ketul kaki ayam - dibersihkan dan dipotong dua
1 biji bawang besar - dihiris nipis
11 biji cili api - dihiris bulat nipis
2 biji tomato - dihiris
2 batang serai - dihiris nipis
1 biji limau nipis - diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan (nampla)
1 1/2 sudu makan gula
1 pokok daun sup - dihiris halus
1 pokok daun bawang - dihiris halus

Cara-caranya:

  1. Masukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga kaki ayam empuk.
  2. Sejatkan kaki ayam.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  4. Hidangkan.



Wednesday, 31 July 2013

AGAR-AGAR KACANG MERAH


AGAR-AGAR KACANG MERAH
Bahan-Bahannya:
1 1/2 cawan kacang merah - direbus hingga empuk
1 tin susu cair
20 g agar-agar tali
1 1/2 cawan air
11 sudu makan gula
1 sudu teh pewarna merah

1 1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:
  1. Masak agar-agar dengan 1 1/2 cawan air hingga agar-agar larut.
  2. Sementara itu, kisar kacang merah, pewarna merah dan susu cair hingga halus.
  3. Bila agar-agar sudah larut, masukkan gula. Kacau hingga gula larut.
  4. Masukkan kacang yang telah dikisar tadi dan garam. Sentiasa kacau hingga menggelegak.
  5. Tutup api. Masukkan agar-agar ke dalam acuan yang disukai. Sejukkan dulu, baru dimasukkan ke dalam peti ais.
  6. Hidangkan.



Thursday, 25 July 2013

KUIH LESUNG BATU

KUIH LESUNG BATU
Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung pulut
3/4 cawan air bercampur sedikit garam
1 kotak kecil santan pekat
secubit garam
gula pasir secukupnya
Daun pisang
Loyang
Cara-caranya:

  1. Didihkan air untuk mengukus.
  2. Sementara itu lapikkan loyang dengan daun pisang.
  3. Masukkan air bercampur garam sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut sambil diuli hingga adunan tidak lekat di tangan dan besen menjadi bersih.
  4. Saya bahagikan kepada dua bahagian, Sebahagian dicampur dengan warna kuning dan diuli lagi hingga warnanya rata. Sebahagian lagi dicampur dengan warna pink dan diuli hingga warna rata.
  5. Gentelkan bulat-bulat sebesar buah melaka, ditekan tengahnya supaya membentuk lekuk. Susun di atas daun pisang di dalam loyang. 
  6. Ulang langkah 5 hingga habis.
  7. Masukkan gula ke dalam lubang kuih secukupnya.
  8. Masukkan secubit garam ke dalam santan pekat. Kacau hingga garam larut.
  9. Tuangkan secara berhati-hati ke dalam loyang. Pastikan santan tidak termasuk ke dalam lubang berisi gula pasir tu.
  10. Masukkan ke dalam pengukus. Kukus selama 20 minit. (Bila masak, gula pasir akan cair. Jadi kuih ini adalah gabungan rasa manis, lemak dan masin)
  11. Hidangkan.


KOEY TEOW GORENG KERANG

KOEY TEOW GORENG KERANG
Bahan-Bahannya:
1 peket koey teow
Daun kucai - dicuci dan dipotong 1 inci panjang
Semangkuk kecil taugeh
Udang saiz sederhana - ikut suka banyak mana
1 mangkuk kecil isi kerang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap mee Tamin
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan sos cili
4 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang halus
2 biji telur
Sedikit minyak masak

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang telah dipukul rata. Dikacau sentiasa hingga menjadi telur hancur (scramble). Ketepikan.
  2. Masukkan lagi sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak. 
  4. Masukkan semua sos dan kicap. 
  5. Masukkan udang dan isi kerang. Kacau rata hingga udang masak.
  6. Masukkan koey teow, kucai dan taugeh. Kacau rata.
  7. Masukkan telur hancur. Kacau rata.
  8. Bila bumbu dan koey teow telah mesra, tutup api dan hidangkan.
** Saya goreng telur secara berasingan kerana saya tidak mahu koey teow goreng saya terlalu kering. Dengan cara ini koey teow saya akan jadi agak lembab.



Saturday, 20 July 2013

TIMUN SUSU AIS


TIMUN SUSU AIS
Bahan-bahannya:
1 biji timun - kupas kulitnya dan potong-potong
2 sudu susu pekat
1 gelas air masak
Ais secukupnya

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan kecuali ais ke dalam pengisar. Kisar halus.
  2. Masukkan ais ke dalam gelas. 
  3. Tuang bahan kisar ke dalam gelas. 
  4. Nikmati.


SAUSAGE RANGUP

SAUSAGE RANGUP
Bahan-Bahannya:
6 ketul sosej - kali ni saya gunakan cheese sosej ayam IWANI
3 sd mkn sos cili
3 sd mkn sos tomato
1/2 sd teh garam
2 sd teh gula
6 keping kulit popia
Minyak masak
Langkah A:

  1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan sosej dan masak selama 5 minit. Angkat dan sejatkan.
  2. Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sebentar.
  3. Masukkan secubit garam dan gula. Kacau lagi hingga sos berbuih.
  4. Masukkan sosej dan gaul rata hingga sos pekat dan menyaluti sosej. Padam api.
Langkah B:
  1. Bentangkan kulit popia. Masukkan sebiji sosej dan sedikit kuahnya. Balut dengan kemas.
  2. Ulang langkah 1 hingga habis semua sosej.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Perlahankan api.
  4. Goreng sosej hingga keperangan.
  5. Angkat dan hidangkan.