Showing posts with label UDANG. Show all posts
Showing posts with label UDANG. Show all posts

Thursday, 16 April 2015

UDANG MASAK SERAI

UDANG MASAK SERAI
Bahan-Bahannya:
500 g udang saiz sederhana - Nak guna yg saiz besar pun boleh. (Lagi sedap.. haha)
1 mangkuk santan
4 sudu makan cili kering kisar
2 keping asam gelugor
1 biji bawang besar - potong bulat
2 biji cili merah - potong dua dan hiris kulitnya memanjang

Bahan Kisar Halus:
4 batang serai - dihiris halus
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 cm halia

Cara-Caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi dan agak garing.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan asam gelugor. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
  4. Masukk bawang besar dan cili merah. Masak hingga separuh lembut.
  5. Masukkan udang. Masak dalam 5 minit.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata. 
  7. Tutup api dan hidangkan.


Wednesday, 18 March 2015

KARI UDANG BERSAYUR

KARI UDANG BERSAYUR
Bahan-Bahannya:
400g udang - saiz sederhana
Brokoli - potong kecil
Bunga kobis - potong kecil
1 biji karot - potong nipis
9 biji cili api - biarkan sebiji-sebiji
1 peket kecil serbuk kari ikan FAIZA
2 tangkai daun kari
1 sudu teh asam jawa - dicampur dengan secawan air
Garam/gula/serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
1/2 cm halia
2 ulas bawang putih
 1 biji bawang besar - saiz sederhana

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan cili api. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan semua sayur. Gaul rata. Terus masukkan udang, garam dan gula secukup rasa.
  5. Gaul rata kemudian tutup kuali selama 5 minit.
  6. Bila cukup 5 minit, buka tudung kuali dan gaul rata sekali lagi.
  7. Tutup api dan hidangkan.
*** Sedap dimakan begitu sahaja atau nasi panas-panas. Nak makan dengan roti pun sedap.



Saturday, 27 December 2014

RENDANG PEDAS UDANG

RENDANG PEDAS UDANG
Bahan-Bahannya:
600g udang saiz besar/sederhana besar
5 sudu makan cili kering kisar
1 mangkuk santan
1 sudu makan kerisik
3 helai daun limau purut
garam
serbuk perasa

Bahan Kisar:
3 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan kecuali udang, garam dan serbuk perasa ke dalam kuali.
  2. Didihkan. Kacau sesekali supaya santan tidak pecah. Masak hingga kuahnya agak pekat.
  3. Masukkan udang, garam dan serbuk perasa. Masak dalam 3 hingga 5 minit sahaja.
  4. Tutup api dan hidangkan....


Sunday, 30 November 2014

MASAK LEMAK CILI API UDANG-NENAS

MASAK LEMAK CILI API UDANG-NENAS
Baha-Bahannya:
300 g udang - sederhana besar (nak guna saiz besar pun boleh)
1 biji nenas muda - saiz kecil
2 batang serai - dititik
1 mangkuk santan pekat

Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah - saiz sederhana

Cara Memasak:

  1. Masukkan bahan tumbuk, nenas, serai dan santan ke dalam periuk.
  2. Masak di atas api sedehana. Sentiasa dikacau sehingga mendidih.
  3. Masukkan udang, garam dan sedikit serbuk perasa.
  4. Masak lagi dalam 5 minit.
  5. Tutup api. Sedia untuk dihidang.


Tuesday, 4 June 2013

SAMBAL TUMIS PETAI - UDANG GALAH

SAMBAL TUMIS PETAI - UDANG GALAH
Bahan-bahannya:
Seikat petai - diambil isinya dan dibelah dua
Udang galah
6 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dipotong kasar
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 keping asam gelugor

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar yang dihiris halus hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan cili agak garing.
  3. Masukkan petai. Kacau sebentar.
  4. Masukkan santan, air dan asam gelugor. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan udang dan bawang besar yang dipotong kasar. 
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Masak hingga udang masak dan bawang layu.
  7. Tutup api dan hidangkan.



UDANG GALAH MASAK KALIO LIMAU PURUT

UDANG GALAH MASAK KALIO LIMAU PURUT
Bahan-bahannya:
1 kg udang galah
2 labu bawang besar - potong bulat
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dihiris halus
4 helai daun limau purut - dihiris halus
5 cawan santan pekat
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak masak

Bahan kisar:
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan udang, kacau rata.
  3. Masukkan santan, daun limau purut, daun kunyit, serai dan serbuk kunyit. Biarkan mendidih. Kecilkan api.
  4. Masukkan bawang besar, garam dan gula. Kacau sebati. Masak hingga bawang layu.
  5. Tutup api dan hidangkan.


Friday, 12 April 2013

TOMYAM UDANG

TOMYAM UDANG
Bahan-bahannya:
500 g udang saiz besar
Kobis bunga
1 batang karot
2 biji tomato - dipotong dadu
2 sudu makan paste tomyam
1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
3 helai daun limau purut - dibuang batang tengahnya
2 batang serai - dititik
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 inci lengkuas - dihiris nipis
2 pokok daun sup - dicincang
2 mangkuk air

Cara-caranya:

  1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan bawang besar, serai dan lengkuas. Biarkan mendidih.
  2. Masukkan paste tomyam dan karot. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan kobis bunga dan daun limau purut. Biarkan mendidih lagi sekali. (Kalau nak pedas bolehlah dimasukkan cili padi yang dititik sahaja)
  4. Masukkan garam, serbuk perasa dan jus limau nipis. 
  5. Masukkan buah tomato dan daun sup. Kacau sebentar dan kuah mendidih.
  6. Tutup api. Baru masukkan udang. Kacau-kacau sebentar hingga kulit udang bertukar merah. (Kuah yang panas akan memasak udang tadi). 
  7. Sedia untuk dihidangkan.


Sunday, 11 November 2012

SAMBAL TUMIS UDANG-PETAI

SAMBAL TUMIS UDANG-PETAI
Bahan-Bahannya:
4 papan petai - dibelah dua dan dikeluarkan isinya
20 ekor udang - saiz besar
5 sudu makan cili kisar
2 biji bawang besar - dipotong bulat
1 sudu teh asam jawa - dicampur dengan 1 cawan air
garam
serbuk perasa


Bahan Tumbuk:
1 biji bawang besar
1 sudu makan belacan bakar

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan petai dan udang. Gaul rata.
  4. Masukkan air asam jawa. Gaul rata.
  5. Masukkan bawang besar, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
  6. Tunggu hingga bawang besar layu dan udang masak.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Wednesday, 6 June 2012

UDANG MASAK MERAH


UDANG MASAK MERAH

tumis bwg besar+bwg putih + halia yg ditumbuk, masukkan cili kering mesin tumis 

sampai naik minyak, masukkan cili sos, tomato sos pd kuantiti yg sama (agak2 la), 

tumis lagi sampai naik minyak, masukkan udang, garam, perasa kalau suka.. 

gaul2kan sampai udang tu masak... siap.

** Masakan ni tak perlu letak air. Supaya udang jd lembab, selepas masukkan 

udang, gaul rata dan tutup periuk atau kuali yg digunakan 2 - 3 minit, gaul lagi 

supaya udang masak rata dan air dr udang keluar utk melembabkan kuah. Jika

 belum cukup masak, tudung lg. Masak udang jgn lama2, nanti dagingnya keras 

dan rasa manisnya hilang..

Monday, 4 June 2012

SAMBAL TUMIS UDANG-PETAI


SAMBAL TUMIS UDANG-PETAI

resepinya:
  1. hiris nipis bwg besar dan tumis hingga wangi,
  2. masukkan cili kering kisar, tumis lagi hingga terbit minyak dan agak garing. 
  3. masukkan petai dan gaul sekejap. 
  4. masukkan santan , udang, asam keping, gaul rata hingga mendidih. 
  5. masukkan bwg besar yg dipotong agak tebal, garam dan bahan perasa. 
  6. gaul hingga bawang layu dan udang cukup masak. Siap.