Showing posts with label MEE. Show all posts
Showing posts with label MEE. Show all posts

Thursday, 21 November 2013

BIHUN TOMYAM

BIHUN TOMYAM
Bahan-Bahannya:
1/2 bungkus bihun - dicelur hingga lembut dan disejatkan.

Bahan untuk kuah tomyam:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
3 sudu makan pes tomyam
2 biji bawang besar - dipotong dadu
2 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - dihiris nipis
1 biji karot - dipotong 1 inci dan dibelah dua
1 batang seleri - dihiris serong
2 biji tomato - dipotong dadu
5 biji cili api - dititk
3 cawan air
3 sudu makan nampla (sos ikan)
1 sudu teh garam
1 biji limau nipis
3 helai daun limau purut
2 pokok daun sup

Cara-caranya:

  1. Didihkan 3 cawan air.
  2. Masukkan bawang besar,serai dan lengkuas. Biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan ayam dan karot. Biarkan hingga mendidih.
  4. Maukkan pes tomyam, nampla, garam dan sedikit serbuk perasa.
  5. Masukkan cili api, tomato, batang seleri, jus limau nipis dan daun limau purut. Biarkan sebentar.
  6. Akhir sekali masukkan daun sup.Kacau rata dan tutup api.
  7. Masukkan sedikit bihun ke dalam mangkuk dan masukkan kuah tomyam. 
  8. Hidangkan.


Monday, 4 November 2013

BAKSO

BAKSO
Bahan-Bahannya: (untuk 7 - 8 orang)

1/2 bungkus bihun - dicelur hingga lembut dan disejatkan
1 bungkus mee kuning - dicuci 3 kali, dicelur sebentar aje dan disejatkan
50 sen taugeh
1/4 buku kobis - dihiris halus
Daun sup - diracik halus
Daun bawang - diracik halus
3sudu makan lada sulah/lada putih biji - dikisar kering hingga halus

Bahan Untuk Kuah:
1 kilo tulang lembu
1 bungkus rempah sup tulang ADABI
1 bungkus rempah sup bunjut ADABI
2 batang serai - dititik
2 helai daun salam (ini kalau ada. Saya gantikan dgn daun bay kering)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 inci halia
2 sudu teh serbuk lada sulah (ambil dari yang dikisar di atas)
Garam
Serbuk perasa


Bahan Untuk Bebola Daging:
500 g daging cincang
3 biji bawang merah - diracik halus
2 ulas bawang putih - diracik halus
50 g tepung ubi/ tepung jagung
1 biji putih telur
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam

Cara-caranya:

  1. Gaulkan semua bahan untuk bebola hingga sebati.
  2. Bulat-bulatkan adunan daging hingga habis. 
  3. Simpan lebih kurang sejam dalam peti ais.
Cara-cara Untuk Kuahnya:
  1. Rebus tulang lembu, rempah sup tulang dan rempah sup bunjut hingga dagung pada tulang empuk.
  2. Tumbuk lumat halia, buah keras, bawang merah dan bawang putih.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan serbuk lada sulah  hingga wangi.
  4. Masukkan ke dalam periuk sup dan teruskan merebus hingga mendidih.
  5. Masukkan bebola daging tadi. Biarkan masak hingga bebola daging timbul.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  7. Masukkan sedikit daun sup dan daun bawang.
  8. Tutup api dan hidangkan

Bahan Untuk Sambal Kicap:
25 biji cili api
2 - 3 ulas bawang putih
Kicap pekat manis

Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan semua cili dan bawang putih. Tutup segera kuali anda. 
  2. Bila sudah tiada lagi letupan dalam kuali, alihkan tudung kuali dan kacau cili supaya masak rata. 
  3. Bila semua cili dah layu, angkat dan ke tepikan. (Ada petua supaya dipatahkan sikit cili tu sebelum digoreng supaya tidak meletop tapi saya kadang-kadang tu malas. Tutup ajelah kuali tu dengan tudung periuk. hahaha...)
  4. Masukkan cili goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat.
  5. Masukkan cili tumbuk ke dalam mangkuk dan curahkan kicap manis. Kacau rata.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, 25 July 2013

KOEY TEOW GORENG KERANG

KOEY TEOW GORENG KERANG
Bahan-Bahannya:
1 peket koey teow
Daun kucai - dicuci dan dipotong 1 inci panjang
Semangkuk kecil taugeh
Udang saiz sederhana - ikut suka banyak mana
1 mangkuk kecil isi kerang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap mee Tamin
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan sos cili
4 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang halus
2 biji telur
Sedikit minyak masak

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang telah dipukul rata. Dikacau sentiasa hingga menjadi telur hancur (scramble). Ketepikan.
  2. Masukkan lagi sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak. 
  4. Masukkan semua sos dan kicap. 
  5. Masukkan udang dan isi kerang. Kacau rata hingga udang masak.
  6. Masukkan koey teow, kucai dan taugeh. Kacau rata.
  7. Masukkan telur hancur. Kacau rata.
  8. Bila bumbu dan koey teow telah mesra, tutup api dan hidangkan.
** Saya goreng telur secara berasingan kerana saya tidak mahu koey teow goreng saya terlalu kering. Dengan cara ini koey teow saya akan jadi agak lembab.



Wednesday, 17 July 2013

BIHUN SUP GEARBOX

BIHUN SUP GEARBOX

A. SUP GEARBOX
Bahan-Bahannya:
2 batang tulang gearbox
Sedikit tulang tengkuk
400 g daging
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 sup bunjut adabi
1 peket kecil serbuk rempah sup Faiza
2 jug air - bergantung kepada banyak mana sup yang dikehendaki
Garam
Serbuk perasa
Daun sup - dipotomg halus
Daun bawang - dipotong halus
Bawang goreng

Bahan hiris nipis:
2 inci halia
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar


Cara-caranya:
  1. Masukkan air, semua tulang dan daging, sup bunjut, kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam periuk. Tudung periuk dan masak guna api yang paling perlahan selama 3 jam. Masak guna cara ni akan menyebabkan daging masak dengan lembut dan rasa supnya sangat sedap.
  2. Tambah air jika perlu. Besarkan api.
  3. Masukkan bahan hiris dan rempah serbuk sup. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Kecilkan sedikit apinya. Biarkan sup mereneh hingga bahan hiris tadi nampak mesra dengan sup.
  5. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Kacau rata dan tutup api.


B. SAMBAL MERAH
Bahan-bahannya:
5 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan cuka makan
Garam
Gula

Cara-caranya:
  1. Bancuh serbuk cili, cuka dan sedikit air hingga menjadi paste.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bancuhan cili hingga pecah minyak. Guna api yang sederhana perlahan.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  4. Masak hingga cili benar-benar masak.
  5. Tutup api dan hidangkan.

Cara Membuat Bihun Sup:
  1. Rendam bihun hingga lembut.
  2. Didihkan air.
  3. Masukkan bihun, masak hingga bihun lembut dan boleh diputuskan dengan jari. (Jangan masak hingga bihun menjadi lembik ye..)
  4. Sejatkan bihun dan ketepikan.
  5. Masukkan sedikit bihun ke dalam mangkuk.
  6. Tuangkan sup, daging dan tulang gearbox ke atas bihun.
  7. Hiaskan dengan hirisan lobak masin dan sambal merah. Nikmatilah...
** Bihun sup ini juga enak jika dinikmati bersama sambal kicap bagi menggantikan sambal merah.



Saturday, 29 September 2012

MEE GORENG


MEE GORENG
Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning
Isi ayam - dipotong dadu
1 mangkuk udang - saiz ikut suka
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap pekat masin
2 sudu makan kicap pekat manis
2 pokok sawi - dipotong 1 inci

Bahan tumbuk lumat:
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara Masak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak dan wangi. 
  3. Masukkan isi ayam dan udang. Gaul rata.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan gaul rata hingga ayam dan udang masak.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul rata. Rasa masin manisnya.
  6. Masukkan sawi dan mee. Gaul rata hingga mee masak.
  7. Sedia untuk dihidangkan.



Tuesday, 14 August 2012

MAGGIE GORENG

 MAGGIE GORENG
Bahan2nya:
5 keping mee kering Vits - dicelur dalam air mendidih hingga lembut dan sejatkan.
Isi ayam - dihiris nipis
1 cawan udang - dibuang kulit
1 pokok sawi - dipotong 2 inci
1 ikat kucai - potong 1 1/2 inci
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu makan udang kering

 Cara masak:

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ke tepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan isi ayam, goreng hingga ayam masak. 
  4. Masukkan semua sos dan kicap serta serbuk perasa. Gaul rata. Masukkan udang, gaul rata lagi.
  5. Masukkan sawi dan kucai. Gaul rata.
  6. Masukkan maggi. Gaul rata hingga masak.
  7. Masukkan telur hancur. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.


Sunday, 12 August 2012

BIHUN GORENG SINGAPORE

BIHUN GORENG SINGAPORE
Bahan-bahannya:
1/2 bungkus bihun - direndam hingga lembut dan toskan.
1 cawan udang basah - dibuang kulit (supaya mudah makan lah..
1 keping dada ayam - dihiris nipis-nipis
1 keping fish cake - hiris nipis
1 sudu kecil serbuk lada hitam - saya guna yang kasar (kalau nak yg tumbuk sendiri pun boleh)
1 cawan taugeh - (saya tak boh sebab tak suka)
1 batang karot - parut kasar
2 sudu makan sos tiram
2 biji telur
1 cawan air
Garam
Serbuk perasa

 Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu makan udang kering

 Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ke tepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan udang, ayam dan fish cake. Goreng sebentar, Masukkan air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, garam dan serbuk perasa.
  5. Masukkan bihun, taugeh dan karot. Gaul sebati dan bihun masak.
  6. Masukkan telur hancur tadi, gaul rata, tutup api dan masukkan ke dalam pinggan hidang.
  7. Taburkan bawang goreng, cili merah, daun bawang dan daun sup. Juga hirisan limau kasturi.
  8. Jika suka pedas, boleh juga dinikmati bersama cili hiris-kicap.


Sunday, 5 August 2012

YEE MEE SIZZLING

 YEE MEE SIZZLING
Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air

Inilah cendawan shitake kering..

Ini kuahnya, saya buat dalam periuk. Jadi sesiapa nak makan, boleh masak sendiri dalam hot plate.

Ini bahan2 sampingan selain kuah di atas tu... Mudah aje kan?

 Cara-caranya:

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
  3. Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
  5. Masukkan cendawan.  Biarkan 2 - 3 minit.
  6. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
  7. Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
  8. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 8 untuk hidangan yee mee yang lain. Selamat mencuba...

** Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat drp besi... Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat tu, jgnlah dibuang, tapi cuci bersih2 sehingga hilang semua karatnya...

Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yg kering...

Saturday, 4 August 2012

KOAY TEOW KUNGFU


 KOAY TEOW KUNGFU
Bahan A
500g koay teow - dibahagi kepada 5 bahagian yang sama banyak.
5 biji telur

Bahan B
 100 g udang basah - dibuang kulit
150 g ayam - dihiris
1 bar fish cake - dihiris nipis
100 g bunga kobis - dipotong kecil
100 g karot - dihiris nipis
1 peket jagung muda - dihiris nipis
2 pokok sawi - dipotong 1 1/2 inci panjang
2 sd besar minyak masak
1 cawan air rebusan ayam - saya guna kiub ayam maggi + 1 cawan air
2 sd besar sos tiram
1 sd besar lada sulah
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sd besar tepung jagung + 1 cawan air - dibancuh bersama

Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan sebiji telur dan dipukul dengan garfu. Masukkan 1 bahagian koay teow, gaul rata dan goreng macam telur dadar hingga agak garing. (1 portion untuk 1 pinggan). Ketepikan. Ulang langkah ini hingga habis portion.
  2. Panaskan 2 sd besar minyak. Tumis bawang putih hingga agak garing.
  3. Masukkan ayam, udang dan fish cake. Gaul rata dan ayam agak layu.
  4. Masukkan air rebusan ayam, lada sulah, sos tiram, jagung muda dan karot. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam.
  6. Masukkan air tepung jagung, bunga kobis dan sawi. Kacau rata dan tutup api.
  7. Tuang kuah ke atas koay teow dan hidangkan panas-panas. Enak dinikmati bersama cili padi potong yang dicampur kicap cair.



Wednesday, 6 June 2012

MEE REBUS UDANG-KETAM

MEE REBUS UDANG KETAM
BAHAN:
1 bungkus mee – cuci 3 kali dan celur (saya didihkan air, tuang atas mee yg 
   diletak dlm besen, gaul 2 minit je dan sejatkan.. tak suka lama nanti mee 
   kembang)
300g daging – potong kiub dan rebus hingga empuk.
3 ekor ketam – cuci dan belah 2
600 g udang – sederhana besar (nak besar lg pun boleh.. hehe)
3 biji ubi keledek – direbus dan dikisar halus.
1 senduk kacang tanah kisar
4 sdm sos cili
4 sdm sos tomato

Bahan kisar:
25 biji cili kering
3 biji bwg besar
5 biji bwg putih
Segenggam udang geragau

Bahan hias:
Tauhu goreng yg dipotong dadu
Cili merah dihiris nipis
Bwg goring
Daun sup
Limau kasturi


Cara:
  1. Tumis bhn kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan air rebusan daging bersama2 dagingnya. Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato, garam, sedikit bhn perasa. Biar mendidih.
  4. Masukkan ubi keledek kisar utk memekatkan kuah dan kacang tanah. Biarkan mendidih sekali lagi.
  5. Masukkan ketam dan udang. Masak dlm 5 minit je lagi atau kuah mendidih, rasa masin manisnya. Siap.

** utk hidang: masukkan mee ke dlm mangkuk, curahkan kuah ke atasnya dan hias..



MEE KARI

       Mee kari ni mempunyai kenangan yang istimewa buat saya. Semasa saya sedang hamil anak sulong, saya teringin sangat nak makan mee kari tapi memandangkan saya tinggal jauh dari keluarga, nun jauh di utara sedangkan semua keluarga saya tinggal di selatan tanahair, hajat saya tak dapat dipenuhi. Tapi hati kecil saya nak jugak makan mee kari. Tak mau yang beli.. Maka, saya usahakan beli mee, bahan2 untuk kuah tu, saya agak2 aje.. Maka bermulalah eksperimen saya..Dlm kepala saya, masa makan di restoran ada fishball, fishcake, mesti ada santan dan mcm2 lagilah..
        Seusai memasak, saya beri sepinggan kepada setiap 3 rumah jiran terdekat saya. Nak tau apa komen diaorang? "Sedaplah mee kari Ani.. ada lagi tak? kalau ada, nak sepinggan lagi boleh?" Wow! Dah lah percubaan pertama dgn resepi yg main agak2 aje... Seronok tak kira saya..hahaha.. Selain dapat memenuhkan keinginan mengidam saya, saya dpt mencipta resepi baru.. hehehe... 
       Jadi, selepas beberapa proses penambahbaikan, inilah resepi mee kari saya...

MEE KARI

Bahan2
1 bungkus mee
3 peket kecil serbuk kari daging – campur dgn sedikit air.
2 pelepah daun kari
Udang sederhana besar
1 kg Kerang – direbus hingga air mendidih aje, tutup api dan perisikan.(kalau rebus lama, rasa manis kerang akan hilang)
1 mangkuk santan

Bahan tumbuk
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam udang geragau/ udang kepal

Bahan hiris
Isi ayam
Daging
Fish ball

Bahan hiasan
Tauhu – goreng dan hiris.
3 pokok sawi
Cili merah
Daun sup/daun bwg
Tauhu khas utk mee kari – optional.
Taugeh

Cara memasak
  1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga kari betul2 masak.
  2. Masukkan daging dan ayam, gaul hingga daging layu. Masukkan santan dan air secukupnya. Biar hingga mendidih. (Kalau lebih suka lemak, boleh tambah santan).
  3. Masukkan fish ball dan kerang. Biar mendidih dan daging empuk.
  4. Akhir sekali masukkan udang, garam dan serbuk perasa. Masak sebentar sahaja utk mengekalkan manis udang.
  5. Didihkan air dlm periuk berasingan. Sementara tu cuci mee 3 kali utk buang rasa kapur mee. Toskan. Masukkan dlm besen dan tuang air mendidih tadi. Gaul 2 minit je dan toskan.
  6. Celur juga sayur sawi dan taugeh secara berasingan.
  7. Hidangkan.
** Jangan masak sayur sekali dlm kuah kari. Nanti kuah cepat basi. Kalau takde sayur dlm kuah tu, kuah boleh bertahan lama.



Monday, 4 June 2012

SPAGHETTI BOLOGNISE

SPAGHETTI BOLOGNESE
  1. Didihkan air yg byk dalam periuk.
  2. Masukkan sesudu minyak zaitun dan sedikit garam.
  3. Masukkan sebungkus spagetti. Masa merebus ikut arahan pada bungkusan speghetti tu.
  4. Bila dah masak, toskan.
  5. Panaskan sedikit minyak zaitun dlm kuali (Extra Virgin Olive Oil). Tumis 3 biji bwg besar yg dipotong dadu hingga wangi.
  6. Masukkan daging ayam kisar. Saya beli Ayam Kisar Ramly Burger. Goreng hingga ayam masak.
  7. Masukkan cendawan butang dlm tin yg dipotong nipis.
  8. Masukkan 3 tin sos cendawan Prego. (Tin hijau). Masak hingga mendidih.
  9. Masukkan garam, gula, mixed herbs, oregano. Gaul rata.
  10. Masukkan keju parmesan, keju chedar (pilihan. takmo pun takpe). Gaul rata. Sedia utk dihidangkan..




Tuesday, 29 May 2012

SPAGHETTI BERSOS CENDAWAN

SPAGHETTI BERSOS CENDAWAN
Cara membuat: 
  1. Didihkan air yang banyak dlm periuk. Masukkan 1 sd mkn extra virgin olive oil dan sedikit garam. Masukkan 1/3 bungkus spaghetti. Masak mengikut masa yg terdapat pada bungkusan spaghetti tu. Toskan dan ke tepikan.
  2. Panaskan 4 sd mkn minyak zaitun extra virgin dlm kuali. Tumis 1 biji bawang besar (saya guna bwg yg besar, kalau bwg tu saiz kecil, guna la 2 biji. Makin byk bwg makin manis rasanya) yg dipotong dadu hingga wangi.
  3. Masukkan ½ bungkus ayam kisar/daging kisar (Ramly ke, apa2 jenama lah). Kacau hingga daging berubah warna.
  4. Masukkan cendawan butang yg telah di belah dua dan dihiris nipis (saya suka guna jenama AYAM BRAND sbb cendawannya besar2 dan nampak segar).
  5. Masukkan 1 tin sos cendawan PREGO, sedikit garam, 1 cawan air (saya guna air rebusan spaghetti tadi). Gaul rata dan biar mendidih.
  6. Masukkan mixed herbs dan oregano. Gaul rata. (tadi saya tengok dlm peti ais ada cheese chedar keping. Jadi saya hiris halus2 sebyk 2 keping dan masukkan kked lmkuah). Gaul rata semua hingga cheese larut. Tutup api.
  7. Bila nak hiding, baru masukkan spaghetti ke dlm kuah dan gaul rata. Siap