Showing posts with label SAMBAL. Show all posts
Showing posts with label SAMBAL. Show all posts

Friday, 13 March 2015

SAMBAL TOTOK JAWA

SAMBAL TOTOK JAWA
Bahan-Bahannya:
Segenggam ikan bilis
10-15 biji cili padi kampung
3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
1 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci belacan
Minyak untuk menggoreng
Garam & sedikit gula

Limau kasturi -ikut suka

Cara-caranya: 
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat dan toskan.
  3. Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
  4. Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.
  5. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja.
  6. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.




Thursday, 3 April 2014

SAMBAL TUMIS TERUBUK MASIN

SAMBAL TUMIS TERUBUK MASIN
Bahan-Bahannya:
1 ekor ikan terubuk masin - dibuang sisiknya, dipotong dan dibersihkan.
6 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 1 cawan air
1 biji bawang besar - dimayang bulat
garam
gula

Bahan Tumbuk Lumat:
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ke tepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau rata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan bawang besar yang dimayang bulat. Masak hingga bawang layu.
  7. Masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul rata. 
  8. Angkat dan hidangkan.


Sunday, 15 September 2013

SAMBAL TEMPOYAK


SAMBAL TEMPOYAK
Bahan-Bahannya:
Segenggam cili api
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu makan tempoyak

Cara-caranya:

  1. Tumbuk cili api dan garam hingga lumat.
  2. Masukkan tempoyak dan gaul rata.
  3. Hidangkan. 


Tuesday, 4 June 2013

SAMBAL TUMIS PETAI - UDANG GALAH

SAMBAL TUMIS PETAI - UDANG GALAH
Bahan-bahannya:
Seikat petai - diambil isinya dan dibelah dua
Udang galah
6 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dipotong kasar
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 keping asam gelugor

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar yang dihiris halus hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan cili agak garing.
  3. Masukkan petai. Kacau sebentar.
  4. Masukkan santan, air dan asam gelugor. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan udang dan bawang besar yang dipotong kasar. 
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Masak hingga udang masak dan bawang layu.
  7. Tutup api dan hidangkan.



Friday, 30 November 2012

SAMBAL IKAN BILIS KERING

SAMBAL IKAN BILIS KERING
Bahan-Bahannya:
2 peket tempe - dipotong dadu dan digoreng garing
1 cawan ikan bilis - digoreng garing
1 cawan kacang tanah - digoreng garing
4 sudu makan cili kering kisar
1/2 cawan air asam jawa
Garam
Gula

Bahan tumbuk lumat:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Masak:
  1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak dan garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Biarkan kuah mendidih dan pekat. Rasa masin dan manisnya.
  4. Masukkan kacang goreng, ikan bilis dan tempe goreng. Gaul rata.
  5. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.



Saturday, 17 November 2012

SAMBAL IKAN BILIS

SAMBAL IKAN BILIS
Bahan-Bahannya:
Segenggam ikan bilis - dibasuh (kalau suka boleh digoreng dulu)
2 sudu makan cili kering kisar
1 ibu jari asam jawa - dicampur dengan 1 cawan air
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dipotong bulat
Garam gula secukup rasa

Bahan Tumbuk:
10 - 15 biji cili api
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
 2 inci belacan

Cara Memasaknya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. tumis bahan tumbuk dan cili kering hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan ikan bilis dan bawang besar. Gaul rata.
  3. Masukkan air asam jawa. Gaul rata dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata. Jika pekat sangat boleh tambah air.
  5. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.



Friday, 16 November 2012

SAMBAL TUMIS SOTONG

SAMBAL TUMIS SOTONG
Bahan-Bahannya:
10 ekor sotong - dibersihkan dan disejat dalam tapis untuk keringkan airnya
4 sudu makan cili kering
sebesar ibu jari asam jawa - campur 1/4 cawan air
2 biji bawang besar - dipotong bulat

Bahan Tumbuk Lumat:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Masak hingga garing.
  4. Masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata dan masak hingga bawang layu. (Bila bawang besar semua dah layu, menunjukkan bahawa sotong pun sudah masak.. Pastikan sentiasa kacau sotong tu supaya masak rata.)
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
## JANGAN masak sotong terlalu lama kerana daging sotong akan jadi keras dan kenyal..



Monday, 12 November 2012

SAMBAL TELUR SCRAMBLE

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua ye... resepi sambal telur scramble ni adalah resepi anak sedara lelaki saya Iswandi Sukar... Sambal telur scramble ni memang simple sangat, tapi sedap sangat terutama bila makan dengan nasi yang panas-panas. Ada pulak ikan kering goreng atau ikan pekasam goreng... Ermmmm... memang boleh bertambah-tambah makan nasi... Kalau ada orang datang, memang buat derk ajelah... hahaha... Ok.. Jom! kita jengah-jengah resepinya...

SAMBAL TELUR SCRAMBLE
Bahan-Bahannya:
5 biji telur ayam
5 sudu makan cili kisar
2 biji bawang besar - potong baji
sedikit air asam jawa
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu makan udang kering

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  4. Masukkan bawang besar yang dipotong baji. Masak hingga bawang layu. Angkat dan ketepikan.
  5. Menggunakan kuali yang sama, Masukkan sedikit minyak dan panaskan.
  6. Masukkan kesemua biji telur. Kacau hingga hancur dan menjadi scramble egg.
  7. Masukkan semula sambal tumis tadi ke dalam kuali berisi scramble egg tadi dan kacau rata.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Friday, 5 October 2012

SAMBAL KICAP

SAMBAL KICAP
Bahan-bahannya:
25 biji cili api
2 - 3 ulas bawang putih
Kicap pekat manis

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan semua cili dan bawang putih. Tutup segera kuali anda. Bila sudah tiada lagi letupan dalam kuali, alihkan tudung kuali dan kacau cili supaya masak rata. Bila semua cili dah layu, angkat dan ke tepikan. (Ada petua supaya dipatahkan sikit cili tu sebelum digoreng supaya tidak meletop tapi saya kadang-kadang tu malas. Tutup ajelah kuali tu dengan tudung periuk. hahaha...)
  2. Masukkan cili goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat.
  3. Masukkan cili tumbuk ke dalam mangkuk dan curahkan kicap manis. Kacau rata.
  4. Sedia untuk dihidangkan. 
*** Sambal kicap ini sedap dinikmati bersama sup ayam, tauhu goreng, tempe goreng, pisang goreng, soto dan macam-macam lagi.



Tuesday, 11 September 2012

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS-PETAI

 SAMBAL TUMIS IKAN BILIS-PETAI
Bahan-bahannya:
1 biji bawang besar - dimayang nipis
Petai - dibelah dua (tujuannya supaya kita tahu ada ulat atau tidak dlm petai tu..)
2 biji bawang besar - dibelah dua dan dipotong kasar)
5 sudu makan cili kisar
1 mangkuk santan
1 keping asam gelugor
Segenggam ikan bilis

 Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar yang dimayang nipis hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak dan agak garing. 
  3. Masukkan petai, goreng sebentar. Masukkan ikan bilis. Kacau sebentar.
  4. Masukkan santan, bawang besar mayang kasar, asam gelugor, garam dan sedikit serbuk perasa.
  5. Masak hingga santan mendidih dan masak sebentar lagi hingga terbit bau petainya. Siap untuk dihidangkan.


Saturday, 14 July 2012

SAMBAL CILI API SOTONG

SAMBAL CILI API SOTONG

Bahan-bahannya:
600g sotong - cuci dan potong cincin
1 biji bawang besar - belah dua dan hiris kasar.
1 keping asam gelugor

 Bahan Kisar:
Segenggam cili api
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai - hiris nipis
2 helai daun kunyit - hiris nipis

 Cara Masak:

  1. Didihkan air dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan sotong selama 2 minit aje. Kemudian sejatkan.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan agak garing.
  3. Masukkan asam keping. 
  4. Masukkan sotong celur, bawang besar, garam dan sedikit serbuk perasa. Gaul rata.
  5. Bila bawang besar sudah layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Friday, 8 June 2012

RESEPI SAMBAL MACHANG


RESEPI SAMBAL MACHANG:

Tumbuk lumat 3 biji cili merah, 16 biji cili api, 1 sd mkn belacan bakar, sedikit garam dan serbuk perasa. 

Bila dah lumat, masukkan buah machang dan tumbuk lagi. Siap.

Friday, 1 June 2012

SAMBAL BELACAN

Sambal Belacan... satu menu yang seakan2 wajib dalam hidangan Melayu.. Rasanya yang pedas tapi enak membangkitkan selera ketika menjamu selera.. Setiap orang ada cara membuat sambal belacan masing2.. Ini saya ada sertakan sambal belacan stail saya...

 Bahan-bahannya:
3 biji cili besar merah
16 biji cili api
2 sudu makan belacan bakar
2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa
4 biji limau kasturi

Cara-caranya:
Tumbuk semua bahan kecuali limau kasturi hingga lumat.( Jangan lumat sangat). Perahkan jus limau kasturi dari 4 biji limau. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.