Saturday, 16 June 2012

AYAM MASAK MERAH RINGKAS

AYAM MASAK MERAH RINGKAS
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - bubuh garam kunyit dan goreng hingga masak
4 sd mkn cili kisar
3 sd mkn sos cili
3 sd mkn sos tomato
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah - potong 3, pastu hiris memanjang

Bahan Tumbuk:
1 cm halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
 Cara Memasak:

  1. Dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya, gaul rata.
  5. Masukkan bawang besar dan cili merah, kacau hingga bawang dan cili agak layu.
  6. Perlahankan api, masukkan ayam goreng. Gaul hingga kuah menyaluti ayam.
  7. Padam api dan sedia untuk dihidangkan.



11 comments:

  1. Sedappp..hubby suka

    ReplyDelete
  2. Sedapp...thanks cikgu ani

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Saya akn cuba masak ary ni.

    ReplyDelete
  4. Saya mohon masak pakai resipi ini ye.tq cikgu ani

    ReplyDelete
  5. Sd tu apa? Sudu ke? Sorry saya baru nk belajar masak

    ReplyDelete
  6. Mohon guna resepi..ermmm nk di padang kan dgn nasi minyak sy arini

    ReplyDelete
  7. Simple giler resepi ni. Sy nak try masak la. 😁😁😁

    ReplyDelete
  8. Dah try sedap tq cikgu Ani

    ReplyDelete
  9. Mmg sedap nmpknye. Suka yg simple, xbyk sgt pakai bahan @ rempah. Mesti cuba ni. Tq cikgu ani. 😍

    ReplyDelete
  10. terima kasih cikgu...saya nak try buat yg simple2 gini....halalkan ye cgu..semoga murah rezeki sllu cgu..Aaminn

    ReplyDelete