Bahan A:
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera (mauripan)
1 sudu teh gula
3 sudu makan air suam
Bahan B:
240 gram labu kuning - direbus hingga empuk
150 gram gula
1 biji telur
150 ml santan pekat
Bahan C: (Diayak Bersama)
200 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Bahan D: (digaul rata dan dikukus sebentar)
Sesenduk kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
Sedikit garam
Cara-caranya:
- Campur Bahan A di dalam mangkuk kecil. Kacau sebati dan biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
- Campur semua Bahan B di dalam blender. Kisar halus dan tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
- Masukkan Bahan C ke dalam mangkuk adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
- Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk adunan dan dikacau hingga rata. Tutup mangkuk adunan. Perapkan selama 1 jam.
- Didihkan air kukusan. Balut tudung kukus.
- Tuang adunan apam ke dalam acuan atau loyang yang sudah dioles dengan sedikit minyak masak.
- Kukus hingga masak.(selama 15 - 20 minit)
- Hidangkan bersama-sama kelapa parut tadi.
nampak sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah, mmg sedap.. gebu dan lembut aje...
ReplyDeletesaya dh cuba... sedap! bagi jiran2 untuk buka puasa. jiran minta resepi plak. memang sedap la tu. terima kasih tuan punye resepi =)
ReplyDeleteBleh cuba ni
ReplyDelete