Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
5 helai daun pandan - dipotong pendek2 dan dikisar dengan 100 ml air. Ditapis dan diambil pati pandannya.
400 ml santan pekat + 1200 ml air (apa yg saya buat ialah menjadikan air pandan + santan + air = 1700 ml)
2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna hijau
Cara-caranya:
- Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau rata.
- Nyalakan api. Kacau sentiasa sehingga menggelegak dan bubur nampak berkilat.
- Masukkan ke dalam mangkuk atau acuan yang digemari. Sejukkan.
- Hidangkan bersama air gula merah.
SIRAP GULA MERAH/ GULA MELAKA
Bahan-bahannya:
500 g gula merah / gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - simpulkan
Cara-caranya:
- Campurkan semua bahan.
- Masak atas api hingga gula merah larut. Tapiskan dan sejukkan.
Tq kpd ckg ani..ada resepi y sy dh lihat tp krg jelas sukatan y d beri..setelah bace blog ckg ani br sy dpt sukatan bubur ini dgn jelas.sy br nk cuba buat bubur ini.hrpny mnjadi la nt ^_^
ReplyDeleteSalam Cik Ani..tqvm kongsi resipi, dah cube..terbaik a..
ReplyDeleteSalam Cikgu Ani. Saya dh cuba resepi som som ni. Alhamdulillah menjadi. Sedap rase pandannye.terima kasih kongsi resepi.
ReplyDelete