Sunday, 30 September 2012

APAM DEWA

APAM DEWA
Bahan-bahannya:
6 biji telur
2 sudu besar oren sunquick
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete (optional)
1 sudu kecil esen vanila (optional)
2 cawan tepung gandum

Cara Membuat:

  1. Didihkan air dalam periuk kukus.
  2. Sementara itu, lenserkan loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
  3. Pukul telur, gula, ovellete, sunquick, esen vanilla hingga betul-betul kembang dan adunan naik 2 kali ganda. (Saya pukul guna speed maksimum selama 15 hingga 20 minit)..
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul hingga rata.
  5. Bahagikan kepada beberapa warna kegemaran.
  6. Masukkan ke dalam loyang bermula dari bahagian tengah. Kemudian masukkan adunan warna lain di atas warna tadi. Tak perlu diratakan. Adunan akan merata sendiri. Buatlah sehingga semua warna adunan habis.
  7. Untuk membuat coraknya, ambil sebatang lidi, bermula dari tengah, tarik arah keluar. Bersihkan lidi dengan tisu setiap kali selesai setiap lorekan. Buat kepada empat bahagian. Kemudian, antara lorekan tadi, tarik lidi dari arah luar hingga ke tengah adunan. Buat kepada empat bahagian.
  8. Kukus apam selama 40 minit menggunakan api sederhana.


16 comments:

  1. Salam kak ani...suke sgt apam dewa kak ani ni.dah try buat.sdp n gebu sgt...time kasih krn sudi share resipi...

    ReplyDelete
  2. sama2... t/kasih krn sudi cuba resepi ni Nasariza Said...

    ReplyDelete
  3. cantik nk try wt utk ary mauludul rasul esok..harap2 jd..

    ReplyDelete
  4. as salam..thanks kak sbb sudi kongsi resepi.Saya nk try buat la,sbb ank2 request.

    ReplyDelete
  5. gula tu gula halus ke

    ReplyDelete
  6. Salam kak.nk buat apam ni xyh ltk baking powder ke..

    ReplyDelete
  7. akan cuba resepi apam dewa request dr en hubby....mintak2 menjadi..
    .tqsm

    ReplyDelete
  8. Sedap resepi ni cikgu...baru jer siap msk.....alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. Sedapnyee.....kalau bakar bole tak? Sebab takde pwngukus...tapi rs cam nk buat

    ReplyDelete
  10. Dah cuba byk kali... Sdp sungguh.. Tima kasih sudi bagi resepi yg mudah n sdp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf nk tny,ni utk saiz loyang brp ni?

      Delete
  11. Senang dan sedap... terima kasih kerana berkongsi ilmu...

    ReplyDelete
  12. Thanks...ada masa nak cuba buat..nmpk mudah..huhu..

    ReplyDelete
  13. tq kak.nk try la utk minum petang

    ReplyDelete
  14. Salam kak.... Mohon share ye... 😊

    ReplyDelete
  15. Gula biasa k gula kastor? Kak pukul pakai mesin k tangan?

    ReplyDelete