Friday, 8 June 2012

GULAI LEMAK CILI API AYAM


GULAI LEMAK CILI API AYAM
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam
2 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
1 mangkuk santan cair
1 mangkuk santan pekat

Bahan tumbuk:
21 biji cili api
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2.5 cm kunyit hidup
1 inci halia

Cara memasak:

  1. Tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak.
  2. Masukkan serai dan asam keping. Kacau sebentar.
  3. Masukkan santan cair, gaul rata dan biar hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, santan pekat, garam dan serbuk perasa. Sentiasa kacau sebati hingga mendidih. Bila dah mendidih, tunggu sebentar hingga ayam masak. Sedia untuk dihidang.


No comments:

Post a Comment