Wednesday, 18 March 2015

KARI UDANG BERSAYUR

KARI UDANG BERSAYUR
Bahan-Bahannya:
400g udang - saiz sederhana
Brokoli - potong kecil
Bunga kobis - potong kecil
1 biji karot - potong nipis
9 biji cili api - biarkan sebiji-sebiji
1 peket kecil serbuk kari ikan FAIZA
2 tangkai daun kari
1 sudu teh asam jawa - dicampur dengan secawan air
Garam/gula/serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
1/2 cm halia
2 ulas bawang putih
 1 biji bawang besar - saiz sederhana

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan cili api. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan semua sayur. Gaul rata. Terus masukkan udang, garam dan gula secukup rasa.
  5. Gaul rata kemudian tutup kuali selama 5 minit.
  6. Bila cukup 5 minit, buka tudung kuali dan gaul rata sekali lagi.
  7. Tutup api dan hidangkan.
*** Sedap dimakan begitu sahaja atau nasi panas-panas. Nak makan dengan roti pun sedap.



5 comments:

  1. Kak Ani, sedapnya nampak... nin memang suka cauliflower dgn broccoli potong besar2. Puas makan! =)

    ReplyDelete
  2. Memang sedap Nin, Nur Zakiah, Cinet... saya buat ratah je... boleh mkn banyak... hahaha...

    ReplyDelete