Bahan-Bahannya:
400g udang - saiz sederhana
Brokoli - potong kecil
Bunga kobis - potong kecil
1 biji karot - potong nipis
9 biji cili api - biarkan sebiji-sebiji
1 peket kecil serbuk kari ikan FAIZA
2 tangkai daun kari
1 sudu teh asam jawa - dicampur dengan secawan air
Garam/gula/serbuk perasa
Bahan Tumbuk Lumat:
1/2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - saiz sederhana
Cara-caranya:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
- Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa dan cili api. Biarkan mendidih.
- Masukkan semua sayur. Gaul rata. Terus masukkan udang, garam dan gula secukup rasa.
- Gaul rata kemudian tutup kuali selama 5 minit.
- Bila cukup 5 minit, buka tudung kuali dan gaul rata sekali lagi.
- Tutup api dan hidangkan.
*** Sedap dimakan begitu sahaja atau nasi panas-panas. Nak makan dengan roti pun sedap.