Thursday, 9 October 2014

SAMBAL DAGING

SAMBAL DAGING
Bahan-Bahannya:
600 g daging - hiris nipis
5 sdm cili kering kisar
1 cawan air
Garam
Serbuk Perasa

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan daging, kacau supaya daging bersalut dengan sambal. (Guna api sederhana besar). Selepas 2 atau 3 minit, daging akan mengeluarkan air.Masak hingga air daging kering.
  4. Masukkan secawan air. Kacau rata. Bila kuah mendidih, kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan daging mereneh hingga kuahnya pekat dan daging empuk. (Jika daging masih kurang empuk, boleh ditambah secawan air lagi dan biarkan mereneh dgn api yang perlahan).
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  6. Tutup api dan hidangkan..



18 comments:

  1. Nk try.. nampak menarik hati

    ReplyDelete
  2. Sedang memasak resepi ni hehe.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, t.kasih berkongsi resepi ..

    ReplyDelete
  4. slpas mak kiter masak..so anak dya plak yg masak ,, tq shre rcpe♥️

    ReplyDelete
  5. dah cuba.. sedap..tp sy tambah gula sket sbb cili kering saya version pedas sgt..hehe mintak halal ye..tq

    ReplyDelete