Saturday, 16 February 2013

TUMIS AIR PETOLA

TUMIS AIR PETOLA
Bahan-bahannya:
2 biji petola - dibuang kulit luar dan dipotong 1 inci
1 bungkus suun - direndam hingga lembut dan dipotong 2 inci
sedikit udang sayur
2 cawan air
1 biji cili merah - dihiris serong

Bahan hiris nipis:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. tumis bahan hiris hingga wangi.
  2. Masukkan air dan udang. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan petola dan cili merah. Biarkan mendidih dan petola layu.
  4. Masukkan garam. 
  5. Masukkan suun. Gaul rata dan terus tutup api
  6. Hidangkan.


11 comments:

  1. tumis air slh satu feveret sya...resepi cikgu sama cam org kelantan masak....

    ReplyDelete
  2. Klau sy msk ltk lada hitam dan isi ikan jge

    ReplyDelete
  3. Boleh jgk letak ikan bilis.. Sedap sedap

    ReplyDelete
  4. Boleh jgk letak ikan bilis.. Sedap sedap

    ReplyDelete
  5. Cikgu.. letak ikan blis lagi sedap atau udang ?

    ReplyDelete
  6. Ramadhan dan Syawal 2020 dan 2021 penuh cabaran.. alhamdulillah tahun ini biarpun masih dlm berjaga2 dgn Covid19..kita dapat laksanakan puasa dan tarawikh dgn tenang. Sy nak masak air petola petang ni untuk juadah berbuka bersama suami tok..

    ReplyDelete
  7. Simple tp sedap. Lawan pula dgn sambal belacan & ikan masin. Tq cikgu for this sharing

    ReplyDelete
  8. Tk. Tengah mencuba.. harap berjaya dan sedap..

    ReplyDelete