Sunday, 9 December 2012

PUDING ROTI BAKAR

PUDING ROTI BAKAR
Bahan-Bahannya:
10 - 12 keping roti - disapu marjerin/butter dan dipotong 4
1 tin susu sejat
4 biji telur
4 sudu makan gula
1/2 cawan air
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit raisin/buah2an kering - untuk taburan

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven pada suhu 150'.
  2. Susun roti di dalam loyang yang telah digriskan.
  3. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk dan pukul rata. (saya guna wisker aje. Tak perlu pukul hingga kembang).
  4. Masukkan susu sejat, air dan esen vanilla. Kacau rata.
  5. Tuang adunan rata-rata ke atas roti yang sudah disusun dalam loyang tadi.
  6. Tabur raisin.
  7. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 150'C selama 40 minit atau hingga atas puding perang.


3 comments:

  1. nampak mudah dan menyelerakan.....nyummmm....nyummm....

    ReplyDelete
  2. Mama Nor..
    Nyummm! Nyummm! hahaha...

    ReplyDelete
  3. nanti nak try la resepi cikgu ni....

    ReplyDelete