Friday, 24 August 2012

NASI BERYANI GAM DAGING

 NASI BERYANI GAM DAGING
Bahan-bahan:
2 kg daging batang pinang
1 btg serai - dititik
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan tomato puree/sos tomato
5 sudu makan rempah beriani (kalau suka boleh lebihkan)
1/2 tin susu cair
1 cawan daun pudina - dicincang
1 cawan daun ketumbar - dicincang
sedikit daun sup - dicincang
sedikit daun bawang - dicincang
5 biji tomato - dibelah empat
2 biji cili hijau - dibelah dua
3 biji cili merah - dibelah dua
1/2 kg bawang kecil - dihiris nipis dan dibuat bawang goreng.
1 tin kecil minyak sapi.

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji cili hijau

 Cara memasak:

  1. Rebus daging bersama bahan kisar hingga mendidih. Air hanya sekadar menutup daging sahaja. Jangan masukkan air banyak sangat.
  2. Masukkan semua bahan kecuali bawang goreng dan daun-daun. Masak hingga kuah pekat.
  3. Masukkan daun-daun dan bawang goreng. (Lebih banyak bawang goreng lagi sedap). Masukkan garam secukup rasa.
  4. Bila agak kering rempahnya dan terbit minyak, keluarkan minyaknya sahaja dan ketepikan. (minyak ini akan digunakan untuk nasi)
  5. Pastikan kuah beriani betul-betul kering dan bersalut pada daging. Angkat dan ketepikan. Jangan cuci periuk.. (nak digunakan untuk nasi)

 Bahan untuk nasi:
1 kg beras basmathi - rendam 1/2 jam
** 2 inci halia, 5 bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 1 kulit kayu manis, 2 helai daun pandan yg disimpulkan

Air secukupnya untuk mencelur beras - air mesti banyak
Garam secukup rasa
Sedikit air mawar
koma2 (safron)/pewarna kuning
1/2 tin susu cair
Untuk taburan: daun pudina, daun ketumbar, gajus/badan bakar, kismis, bawang goreng

Cara memasak nasi:

  1. Didihkan air bersama bahan bertanda **. Masukkan garam. Ambil sedikit air mendidih untuk merendam koma2 (kalau guna)
  2. Masukkan beras dan rebus hingga 3/4 masak, keluarkan beras dan tapiskan. Buang air rebusan nasi.
  3. Masukkan 1/2 bahagian nasi ke dalam periuk daging tadi. Susun daging menutupi nasi, tabur sedikit bawang goreng, daun pudina, daun ketumbar, gajus/badam.
  4. Tutup lapisan daging dengan 1/2 bahagian nasi lagi. Ratakan, bubuh beberapa ketul daging lagi. 
  5. Tuangkan susu cair, minyak daging yang diketepikan tadi seta, titiskan pewarna kuning, sedikit air mawar dan bahan taburan lagi.
  6. Tutup periuk rapat-rapat. (Saya tindih tudung periuk dengan lesung batu sebab malas nak lekatkan dengan bancuhan tepung). Tanak atas api kecil hingga naik wap dan nasi masak sepenuhnya. Siap.


No comments:

Post a Comment