Recent Posts

Monday, 21 September 2015

APAM GULA HANGUS GEBU

APAM GULA HANGUS GEBU
Bahan-Bahannya:
1 1/2 cawan tepung gandum - diayak
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat - diayak sekali dengan tepung
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan susu pekat manis
2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air mendidih

Cara-caranya:

  1. Gula dimasak di atas api perlahan hingga cair dan berwarna keperangan.
  2. Masukkan air mendidih sedikit demi sedikit. (Berhati-hati kerana gula akan memercik apabila dimasukkan air). Kacau hingga gula larut di dalam air. Tutup api dan sejukkan.
  3. Didihkan air di dalam periuk kukus.
  4. Sementara itu, masukkan telur, marjerin dan susu pekat ke dalam mangkuk adunan. Putar hingga agak kembang. (Tak perlu kembang sangat.. Pukul lebih kurang 10 minit)/
  5. Masukkan gula hangus. Pukul sebati.
  6. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dipukul. Pukul hingga sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam acuan kertas yang diletakkan dalam bekas plastik. (Alaaa.. mangkuk agar2kecil  atau bekas kek kukus yg paling kecil yg orang selalu buat jual tu). Atau apa2 bekas lah... hahaha
  8. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana besar.


Sunday, 20 September 2015

BINGKA SUSU

BINGKA SUSU
Bahan A: 
1 cawan tepung gandum - diayak
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
2 biji telur

Bahan B:
2 cawan air
6 1/2 sudu makan marjerin/mentega
5 sudu makan tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan A, kacau rata menggunakan whisker dan ke tepikan.
  2. Satukan semua bahan B. Masak di atas api yang perlahan, sentiasa dikacau menggunakan hand wisker hingga pekat.
  3. Masukan bahan A ke dalam bahan B. Masak hingga pekat. Matikan mati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan.
  5. Bakar dalam oven pada suhu160'C selama 30 - 40 minit atau hingga permukaannya garing.
  6. Biarkan bingka benar-benar sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.



AYAM BERSOS LEMON

AYAM BERSOS LEMON
Bahan-Bahannya:
200g isi ayam (saya guna bahagian dada) - potong memanjang
1/4 cawan tepung jagung
2 biji kuning telur
2 sudu besar air
1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan Sos:
1/4 cawan jus lemon
1 sudu makan madu
1 cawan air
1 kiub ayam Adabi
1 sudu makan tepung jagung
1 inci halia - hiris nipis, kemudian hiris memanjang nipis
2 1/2 sudu makan gula

Cara-Caranya:

  1. Campurkan semua bahan sos ke dalam periuk kecil.
  2. Masak menggunakan api yang perlahan hingga mendidih dan pekat. Matikan api dan ke tepikan.
  3. Di dalam mangkuk, campurkan tepung jagung dengan air. Kacau rata.
  4. Masukkan kuning telur, kacau rata.
  5. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
  6. Panaskan 3 senduk sayur minyak masak dalam kuali.
  7. Celupkan ayam ke dalam adunan tepung. 
  8. Goreng hingga warna keemasan. Angkat dan sejatkan. 
  9. Susun ayam goreng dalam pinggan. Curahkan sos lemon ke atas ayam. Hidangkan.