Recent Posts

Wednesday, 18 March 2015

KARI UDANG BERSAYUR

KARI UDANG BERSAYUR
Bahan-Bahannya:
400g udang - saiz sederhana
Brokoli - potong kecil
Bunga kobis - potong kecil
1 biji karot - potong nipis
9 biji cili api - biarkan sebiji-sebiji
1 peket kecil serbuk kari ikan FAIZA
2 tangkai daun kari
1 sudu teh asam jawa - dicampur dengan secawan air
Garam/gula/serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
1/2 cm halia
2 ulas bawang putih
 1 biji bawang besar - saiz sederhana

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan cili api. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan semua sayur. Gaul rata. Terus masukkan udang, garam dan gula secukup rasa.
  5. Gaul rata kemudian tutup kuali selama 5 minit.
  6. Bila cukup 5 minit, buka tudung kuali dan gaul rata sekali lagi.
  7. Tutup api dan hidangkan.
*** Sedap dimakan begitu sahaja atau nasi panas-panas. Nak makan dengan roti pun sedap.



Friday, 13 March 2015

SAMBAL TOTOK JAWA

SAMBAL TOTOK JAWA
Bahan-Bahannya:
Segenggam ikan bilis
10-15 biji cili padi kampung
3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
1 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci belacan
Minyak untuk menggoreng
Garam & sedikit gula

Limau kasturi -ikut suka

Cara-caranya: 
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat dan toskan.
  3. Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
  4. Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.
  5. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja.
  6. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.




Saturday, 7 March 2015

BISKUT TIRAMISU 2

BISKUT TIRAMISU 2
Bahan-Bahannya:
1 peket biskut merie perisa coklat
1 tin susu cair 
1/2 tin susu pekat - saya kurangkan sebab tak suka manis sangat
4 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
Secubit garam 
Nestum
Serbuk milo

 Cara-caranya:

  • Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air dan garam ke dalam periuk.
  • Menggunakan api yang perlahan, masak dan kacau campuran kastard hingga adunan menjadi likat.
  • Tutup api.


  •  Susun biskut dalam bekas/ loyang.
  • Masukkan adunan kastard dan ratakan supaya menutupi lapisan biskut. Taburkan nestum diikuti dengan serbuk milo.
  • Susun lagi lapisan biskut di atas lapisan kastard tadi. Lapiskan lagi dengan adunan kastard dan taburkan nestum diikuti oleh milo. Ulang langkah ini hingga habis.
  • Lapisan atas sekali, lapiskan dengan adunan kastard dan lebihkan taburan nestum dan serbuk milonya.
  • Simpan biskut tiramisu ini di dalam peti sejuk selama 2 - 3 jam. Lagi lama dalam peti sejuk, lagi sedap.
  • Hidangkan.