Recent Posts

Saturday, 26 April 2014

TEMPE GORENG

TEMPE GORENG
Bahan-Bahannya:
Tempe - dikelar-kelar dan dipotong dua.

Bahan Tumbuk:
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
2 inci kunyit hidup
1 sudu teh garam

Cara-Caranya:

  1. Masukkan sedikit air (lebih kurang 2 sudu makan) ke dalam bahan tumbuk. 
  2. Salutkan tempe dengan bahan tumbuk.
  3. Goreng dalam minyak yang panas sehingga warna menjadi keemasan..
  4. Hidangkan bersama-sama sambal kicap.



Friday, 25 April 2014

GULAI LEMAK CILI API AYAM KAMPUNG-PUCUK PEGAGA

GULAI LEMAK CILI API AYAM KAMPUNG-PUCUK PEGAGA
Bahan-Bahannya:
Seekor ayam kampung - potong ikut suka
1 mangkuk santan pekat
1 ikat pucuk pegaga
2 batang serai- dititik
2 cawan air
1 - 2 keping asam gelugor
garam

Bahan Tumbuk Lumat:
25 biji cili api
2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar - saiz sederhana

Cara-caranya:

  1. Masukkan bahan tumbuk, ayam, serai dan air ke dalam periuk.
  2. Masak di atas api hingga mendidih dan ayam setengah masak.
  3. Masukkan santan pekat, asam gelugor. Masak hingga ayam empuk. (Masak gunakan api yang sederhana dan perlu dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak).
  4. Masukkan pucuk pegaga dan garam. Masak hingga pucuk pegaga layu.
  5. Tutup api dan hidangkan.


Friday, 18 April 2014

AIR ASAM BERKERISIK 3

AIR ASAM BERKERISIK 3
Bahan-Bahannya:
** 3 biji cili merah 
** 15 cili api 
** 1 sudu makan belacan bakar
** 2 sudu teh garam
** 2 sudu teh gula
2 biji tomato - dibelah dua dan dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris nipis
1 sudu makan kerisik
1 biji cili merah - dihiris bulat nipis
2 atau 3 biji limau kasturi - diambil jusnya. Kulitnya dihiris-hiris
2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air masak - gaul dan asingkan bijinya.

Cara-caranya:
  1. Di dalam lesung, tumbuk bahan ** hingga lumat.
  2. Masukkan cili merah hiris. Lenyek-lenyekkan aje.
  3. Masukkan bawang besar. Tumbuk manja-manja aje.
  4. Masukkan tomato. Lenyek-lenyekkan aje.
  5. Masukkan kerisik ke dalam air asam.Kacau rata.
  6. Masukkan bahan tumbuk, gaul rata.
  7. Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang sudah dihiris. Gaul rata.
  8. Hidangkan bersama ikan bakar... Memang sedap....

GULAI PISANG MUDA

GULAI PISANG MUDA
Bahan-Bahannya:
10 biji pisang muda - Kupas kulitnya dan potong dua. Ambil kulitnya sekali. Rendam dalam air garam sementara hendak menyediakan bahan-bahan lain.

15 biji cili api - (boleh tambah jika sukakan pedas)
2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (boleh juga kalau nak guna bawang kecil dlm 5 biji)
1 batang serai
Segenggam ikan bilis

1 cawan santan pekat
3 cawan air
Garam
Cara-caranya:

  1. Dalam lesung batu, masukkan cili api dan kunyit. Tumbuk hingga lumat.
  2. Masukkan bawang putih, tumbuk lumat.
  3. Masukkan bawang besar, tumbuk lumat.
  4. Masukkan ikan bilis, tumbuk kasar. (pecah-pecahkan aje ikan bilis tu).
  5. Masukkan serai, titik-titikkan aje.
  6. Cuci pisang hingga bersih.
  7. Masukkan semua bahan tumbuk, pisang, kulit pisang dan air ke dalam periuk. Masak hingga pisang empuk.
  8. Masukkan santan pekat. Masak hingga mendidih.
  9. Masukkan garam. Kacau rata.
  10. Tutup api dan hidangkan.

 

Thursday, 3 April 2014

SAMBAL TUMIS TERUBUK MASIN

SAMBAL TUMIS TERUBUK MASIN
Bahan-Bahannya:
1 ekor ikan terubuk masin - dibuang sisiknya, dipotong dan dibersihkan.
6 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 1 cawan air
1 biji bawang besar - dimayang bulat
garam
gula

Bahan Tumbuk Lumat:
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ke tepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau rata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan bawang besar yang dimayang bulat. Masak hingga bawang layu.
  7. Masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul rata. 
  8. Angkat dan hidangkan.