Recent Posts

Friday, 11 October 2013

IKAN BILIS GORENG BERKICAP

IKAN BILIS GORENG BERKICAP
Bahan-bahannya:
2 cawan ikan bilis - digoreng rangup
1 cawan kacang tanah - digoreng rangup
1 biji bawang besar - dipotong kasar
5 biji cili kering - dipotong 1 cm panjang
9 biji cili api - dipotong serong
3 sudu makan kicap pekat masin

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar, cili kering dan cili api. Kacau hingga layu.
  2. Masukkan kicap dan sedikit serbuk perasa.
  3. Masukkan ikan bilis goreng dan kacang goreng. Kacau rata hingga kicap pekat dan menyaluti ikan bilis dan kacang.
  4. Tutup api. Hidangkan.
** Lauk ini sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas.
 


SAMBAL TUMIS TELUR

SAMBAL TUMIS TELUR
Bahan-bahannya:
10 biji telur - direbus hingga masak dan dikupas kulitnya.
6 sudu makan cili kering kisar
1/2 sudu makan asam jawa - dicampur dengan secawan air untuk dijadikan air asam jawa
1 biji bawang besar - dipotong bulat kasar
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
1 sudu makan udang kering
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng telur rebus hingga kekuningan. Angkat dan ke tepikan.
  2. Kurangkan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  4. Masukkan air asam jawa. Kalau pekat sangat boleh tambah lagi air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan telur dan bawang besar. Kacau rata.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Masak hingga sambalnya agak pekat.
  7. Tutup api. Hidangkan. 


Thursday, 3 October 2013

ASAM PEDAS IKAN PARANG

ASAM PEDAS IKAN PARANG
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan parang - dipotong 3 bahagian
9 biji kacang bendi
6 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 6 mangkuk air
2 sudu teh halba campur

Bahan Tumbuk Lumat:
2 inci halia
2 inci kunyit basah
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk, cili kering kisar dan halba campur hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kacang bendi layu.
  5. Tutup api. Hidangkan.



MASAK LEMAK PERIA

MASAK LEMAK PERIA
Bahan-bahannya:
1 biji peria - dibelah dua dan dihiris nipis lalu dicuci dengan air garam dan dibilas bersih
1 biji telur
1 sudu teh serbuk kunyit
2 cawan santan pekat
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dihiris nipis
3 biji cili merah - dihiris serong nipis
garam
Cara-caranya:

  1. Panaskan 3 sudu makan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan cili merah dan serbuk kunyit. Tumis sebentar.
  3. Masukkan peria. Kacau rata.
  4. Masukkan santan pekat. Kacau rata hingga peria layu.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  6. Pecahkan telur, biarkan 2 saat dan kacau rata.
  7. Tutup api. Hidangkan.