Recent Posts

Wednesday, 28 August 2013

AYAM PAPRIK

AYAM PAPRIK
Bahan-bahannya:
4 ketul ayam - dihiris kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah - dihiris serong
11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
2 biji putik jagung - dihiris serong
1/2 biji karot - dihiris serong
2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
garam
1 cawan air

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  8. Tutup api dan hidangkan.



Tuesday, 27 August 2013

PINDANG IKAN MERAH

PINDANG IKAN MERAH
Bahan-bahannya:
3 ekor ikan merah
2 keping asam gelugor
2 mangkuk air
2 batang serai - dititik
7 biji cili padi - biar sebiji-sebiji
garam

Bahan Tumbuk:
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Masukkan air, serai dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Didihkan.
  2. Masukkan ikan, asam gelugor dan cili api. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  4. Masak hingga ikan masak.
  5. Hisangkan.


Friday, 23 August 2013

RENDANG AYAM NEGERI SEMBILAN

RENDANG AYAM NEGERI SEMBILAN
Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam  - dipotong-potong
2 cawan air
2 sudu makan kerisik
2 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit - buang tulang tengahnya dan hiris halus
Garam

Bahan Kisar:
Segenggam cili padi - kalau nak lebih pedas boleh tambah cili api
5 biji cili kering
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas

Cara-caranya:

  1. Gaul ayam dan bahan kisar di dalam kuali. Masak hingga kering sedikit.
  2. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan kerisik, garam dan sedikit serbuk perasa. Masak hingga kuahnya kering dan berminyak.
  5. Hidangkan.


Tuesday, 20 August 2013

KERABU KAKI AYAM

KERABU KAKI AYAM
Bahan-bahannya:
12 ketul kaki ayam - dibersihkan dan dipotong dua
1 biji bawang besar - dihiris nipis
11 biji cili api - dihiris bulat nipis
2 biji tomato - dihiris
2 batang serai - dihiris nipis
1 biji limau nipis - diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan (nampla)
1 1/2 sudu makan gula
1 pokok daun sup - dihiris halus
1 pokok daun bawang - dihiris halus

Cara-caranya:

  1. Masukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga kaki ayam empuk.
  2. Sejatkan kaki ayam.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  4. Hidangkan.