Recent Posts

Thursday, 28 February 2013

AYAM MASAK MERAH 2


AYAM MASAK MERAH
Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam - digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak
6 sudu makan cili kering kisar
5 sudu makan sup tomato KIMBALL
1/2 cawan susu cair/susu sejat
1 cawan air
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
2 batang serai - dititik
2 helai daun pandan - disiat dan disimpulkan



Bahan tumbuk lumat:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih



Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk, daun pandan dan serai, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sup tomato, tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan air, susu sejat, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  6. Masukkan  ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga kuah likat.
  7. Tutup api, taburkan bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan.




NASI TOMATO



NASI MINYAK
Bahan-bahannya:
4 cawan beras basmathi - dicuci dan direndam selama 1/2 jam, kemudian disejatkan. (Kali ini saya guna beras biasa aje)
5 1/2 cawan air - (Kalau guna beras biasa, airnya ialah 4 cawan - ikut sukatan beras)
1 inci halia - hiris
1 cawan susu cair
5 sudu makan tomato sup KIMBALL
Gula, garam
2 helai daun pandan - dibelah dan disimpulkan
2 sudu makan planta
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang




Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
2 biji bawang besar

Bahan Hias:
Biji Gajus
Bawang goreng
Kismis



Cara-caranya:

  1. Periuk nasi diletak di atas dapur gas. Cairkan planta.
  2. Tumis halia hiris, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun pandan hingga wangi.
  3. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga wangi.
  4. Masukkan air,

    susu cair, sup tomato KIMBALL garam dan gula. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan beras dan kacau rata. Alihkan periuk nasi ke bekasnya dan masak menggunakan elektrik seperti biasa.
  6. Tudungkan periuk dan biarkan hingga nasi tanak.
  7. Bila butang cooking dah naik, kacau nasi supaya gembur. (Masa ni mungkin nasi belum betul-betul tanak.)
  8. Taburkan biji gajus,kismis dan bawang goreng. Tudungkan periuk sebentar. Tekan butang cooking dan biarkan nasi betul2 tanak.
  9. Sedia untuk dihidangkan.




Saturday, 23 February 2013

RANGKA AYAM GORENG

HA! Rangka Ayam Goreng ni selalu kita jumpa di pasar-pasar malam.. Harganya berbeza-beza.. ada yang RM3.50 satu, malah ada juga yang berharga RM5.00 satu..
Apa kata kita buat sendiri.. ermmm.. puas makan kan?
Ok.. Jom! kita semak cara-caranya...

RANGKA AYAM GORENG
Bahan-bahannya:
4 rangka ayam
2 sudu teh garam
2 sudu makan rempah kari daging
2 biji telur
2 senduk (saya guna senduk nasi) tepung jagung
2 senduk tepung beras

Cara-caranya:

  • Cuci rangka ayam. Taburkan garam dan ratakan keseluruh ayam.
  • Masukkan serbuk kari daging dan gaul rata. (perapkan dalam peti ais selama 5 jam).


  •  Pecahkan telur dalam pinggan. (Gunakan bekas besar supaya mudah nak salut pada ayam). Kacau dengan garfu hingga rata.
  • Campurkan kedua-dua tepung dan gaul rata. (Juga gunakan bekas yang besar yang muat dimasukkan ayam)
  • Celupkan rangka ayam ke dalam telur.
  • Masukkan ayam ke dalam bekas tepung dan salut dengan tepung hingga rata.
  • Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng tenggelam ayam yang sudah disalut tepung tadi hingga masak. (Gunakan api yang sederhana sahaja)
  • Sejatkan minyak pada ayam goreng. 
  • Hidangkan. Enak dimakan bersama-sama dengan sos cili atau sos tomato.


Sunday, 17 February 2013

NASI GORENG

NASI GORENG
Bahan-Bahannya:
1 mangkuk nasi sejuk - diramas-ramas supaya tidak bergumpal
1 biji karot - disagat
Ayam goreng (lebihan semalam) - di cincang
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan kicap lemak masin
Sawi - dipotong 1 inci (kali ni saya tak bubuh sebab tak ada dlm stok)

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
Segenggam ikan bilis

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga pecah minyak dan agak kering.
  2. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  3. Masukkan ayam goreng, gaul rata.
  4. Masukkan sawi dan nasi sejuk. Gaul rata.
  5. Masukkan kicap dan karot. Kacau rata. 
  6. Bila dah rata, kecilkan api dan kacau nasi goreng sekali-sekala hingga nampak bumbu dan nasi goreng mesra serta berwap asap.
  7. Tutup api.
  8. Hidangkan bersama telur goreng mata kerbau, hirisan timun dan sambal belacan.


Saturday, 16 February 2013

PUDING JAGUNG KARAMEL


PUDING JAGUNG KARAMEL
Bahan-bahannya:
5 - 7 sudu makan gula
10 biji telur
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat
1 tin jagung krim
1 - 2 sudu teh esen vanilla



Cara-caranya:

A.

  1. Didihkan air di dalam periuk kukus.
  2. Sementara itu, masukkan gula ke dalam loyang. (Saya guna loyang 9 inci)
  3. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan gula dalam loyang hingga cair dan berwarna keperangan. (Pastikan semasa memasak gula, ianya sentiasa dikacau supaya cair rata).
  4. Tutup api dan terus golek-golekkan loyang supaya air gula memenuhi dasar loyang. Ketepikan dan sejukkan. (Air gula akan mengeras).


B.
  1. Masukkan telur, susu sejat, susu pekat dan esen vanila ke dalam blender.
  2. Putar blender hingga adunan sebati, tak perlu hingga kembang.
  3. Masukkan jagung tin. blend kejap jer.
  4. Masukkan ke dalam loyang berisi gula tadi.
  5. Kukus selama 30 - 40 minit.
  6. Sejukkan sebentar dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Sedia untuk dinikmati.



TUMIS AIR PETOLA

TUMIS AIR PETOLA
Bahan-bahannya:
2 biji petola - dibuang kulit luar dan dipotong 1 inci
1 bungkus suun - direndam hingga lembut dan dipotong 2 inci
sedikit udang sayur
2 cawan air
1 biji cili merah - dihiris serong

Bahan hiris nipis:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. tumis bahan hiris hingga wangi.
  2. Masukkan air dan udang. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan petola dan cili merah. Biarkan mendidih dan petola layu.
  4. Masukkan garam. 
  5. Masukkan suun. Gaul rata dan terus tutup api
  6. Hidangkan.


KARI DAGING BERKERISIK

KARI DAGING BERKERISIK
Bahan-bahannya:
600g daging batang pinang - hiris nipis
4 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan kerisik
2 biji kentang - belah 4
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 pelepah daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 bunga lawang

Bahan tumbuk lumat"
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari dan daun kari, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging, gaul hingga keluar air daging. Masak lagi hingga air daging agak kering.
  5. Masukkan kentang, santan cair dan santan pekat. Masak hingga daging empuk. Jika kurang kuahnya, boleh tambah air lagi.
  6. Masukkan kerisik, garam dan sedikit serbuk perasa. Masak hingga kuah agak likat.
  7. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.


Wednesday, 13 February 2013

TUMIS AIR BAYAM MERAH

TUMIS AIR BAYAM MERAH
Bahan-bahannya:
Bayam merah
sedikit udang sayur
1 biji cili merah - dihiris serong
2 cawan air

Bahan hiris nipis:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan 2 sudu makan minyak. Tumis bahan hiris hingga wangi.
  2. Masukkan air dan udang. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan bayam, cili merah dan garam. Kacau rata dan bayam layu.
  4. Tutup api. Hidangkan.


AYAM KICAP BLACKPAPER

AYAM KICAP BLACKPAPER
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - garam kunyit dan goreng hingga masak.
1 biji bawang besar - mayang bulat
1 biji cili merah - potong dua dan hiris memanjang
6 sudu makan kicap lemak masin
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan serbuk lada hitam hingga wangi.
  2. Masukkan kicap dan serbuk perasa. Kacau rata.
  3. Masukkan bawang besar mayang, cili merah dan ayam goreng. Kacau hingga rata dan bawang besar serta cili merah layu.
  4. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.


Friday, 8 February 2013

NASI MINYAK GORENG BERUDANG

Ha! Semalam kan saya masak nasi minyak. Pagi ni tengok ada baki lagi nasi minyak tu. Nak buang kan sayang. Penat-penat kita masak semalam. Lagipun tak baik membazir... Saya tak nak jadi sedara syaitan... Jadi, fikir-fikir nak buat nasi goreng ajelah. Check2 ada pulak udang dalam peti ais. Jadi, terciptalah 
NASI MINYAK GORENG BERUDANG ini. 
Jom! Kita semak resepi mudah ni... (Kalau tak ada nasi minyak, guna nasi putih pun sedap juga...)

NASI MINYAK GORENG BERUDANG
Bahan-bahannya:
Nasi minyak (lebihan semalam) - dikacau-kacau supaya berderai.
1 mangkuk udang (nak letak lebih pun tak apa)
1 mangkuk isi ayam - dipotong dadu
2 pokok sawi - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga pecah minyak dan agak garing.
  2. Masukkan isi ayam dan udang. Kacau rata hingga ayam dan udang masak.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  4. Masukkan sawi dan nasi minyak. Dengan api yang kuat, sentiasa kacau rata. 
  5. Bila dah rata, perlahankan api dan kacau sekali-sekali hingga nampak wap asap keluar dari nasi goreng. (Ini supaya segala bumbu mesra dengan nasi goreng dan nasi goreng tak mudah basi).
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Hiaslah dengan gorengan telur mata kerbau.


NASI MINYAK

NASI MINYAK
Bahan-bahannya:
4 cawan beras basmathi - dicuci dan direndam selama 1/2 jam, kemudian disejatkan.
5 1/2 cawan air
1 inci halia - hiris
1 cawan susu cair
Gula, garam
2 helai daun pandan - dibelah dan disimpulkan
2 sudu makan planta
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang

Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
2 biji bawang besar

Bahan Hias:
Biji Gajus
Bawang goreng
Kismis

Cara-caranya:

  1. Periuk nasi diletak di atas dapur gas. Cairkan planta.
  2. Tumis halia hiris, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun pandan hingga wangi.
  3. Masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga wangi.
  4. Masukkan air, susu cair, garam dan gula. Biarkan mendidih.
  5. Alih periuk nasi ke bekasnya. Masukkan beras dan kacau rata.
  6. Tudungkan periuk dan biarkan hingga nasi tanak.
  7. Bila butang cooking dah naik, titikkan sedikit pewarna kuning dan hijau ke aras nasi. (jika suka, tak bubuh pun takpe).
  8. Taburkan biji gajus dan kismis. Tudungkan periuk sebentar.
  9. Kacau nasi supaya gembur. Taburkan bawang goreng.
  10. Sedia untuk dihidangkan.


Thursday, 7 February 2013

AYAM KURMA

AYAM KURMA
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam
2 biji karot - dipotong 1 inci dan dibelah dua
2 biji kentang - dibelah 4
2 biji tomato - dibelah 4
2 biji cili hijau - dipotong 2 inci
2 biji bawang besar - dipotong baji
5 sudu makan rempah kurma - dicampur sedikit air untuk dijadikan paste
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 keping asam gelugor
Garam

Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4 biji buah keras

Rempah Tumis:
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 bunga cengkih

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Masukkan rempah tumis. Kacau hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kurma. Kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam. Gaul rata hingga ayam agak layu.
  5. Masukkan santan cair dan santan pekat. Kacau rata.
  6. Masukkan kentang dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.
  7. Masukkan karot, bawang besar, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kentang dan karot empuk serta kuah agak pekat.
  8. Masukkan tomato. Kacau sebentar.
  9. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


PAJERI TERUNG

PAJERI TERUNG
Bahan-bahannya:
3 biji terung
1 biji kelapa - ambil santan pekat sikit dan santan cair 1 mangkuk
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
2 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan gula putih
1/2 sudu makan gula merah
1/2 peket rempah kari daging + santan pekat tadi
garam
kerisik
daun kari


Bahan Tumbuk:
1 inci halia
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara Masak:
  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk, rempah kari dan garam. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan cair, nenas, gula putih, gula merah dan kerisik. Biarkan mendidh dan kuah pekat sikit.
  4. Siap dan sedia untuk dihidangkan