Recent Posts

Sunday, 30 December 2012

AIR ASAM KERISIK

AIR ASAM KERISIK
Bahan-bahannya:
2 sudu makan asam jawa
1 1/2 cawan air masak
2 biji bawang besar - dimayang nipis
2 biji tomato - dihiris nipis
2 biji cili merah - dihiris
9 biji cili api - dihiris
Sedikit garam
Gula
1 sudu makan kerisik

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan air dan asam jawa, garam dan gula. Gaul rata dan tapiskan.
  2. Tumbuk cili merah hingga lumat.
  3. Masukkan bawang besar mayang, tumbuk supaya pecah-pecah aje.
  4. Masukkan tomato dan tumbuk-tumbuk manja.
  5. Kemudian campur semua bahan dan gaul rata. 
  6. Sedia untuk dihidangkan.


Saturday, 29 December 2012

IKAN BAKAR BERSAMBAL

IKAN BAKAR BERSAMBAL
Bahan-Bahannya:
7 ekor Ikan kembung
3 helai daun limau purut - dibuang tulangnya dan dihiris nipis
Air asam jawa / jus limau kasturi
Daun pisang
Garam
Gula

Bahan Kisar:
10 biji cili merah
10 biji cili kering
15 biji cili api
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang serai

Cara Penyediaannya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan air asam/jus limau kasturi, daun limau purut, garam dan gula secukupnya.
  3. Masak lagi hingga mendidih dah kuah pekat.
  4. Salutkan ikan dengan kuah sambal dan bakar di atas daun pisang hingga masak kedua-dua belahnya.
  5. Sedia untuk dihidangkan. Enak dinikmati bersama air asam kerisik.


Tuesday, 18 December 2012

SUP MAKARONI

SUP MAKARONI
Bahan-bahannya:
1 cawan makaroni
2 keping dada ayam - dipotong nipis
2 biji karot - dipotong serong
1 bungkus sup bunjut ADABI
1/2 cawan daun sup - dicincang

Bahan cincang halus:
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Didihkan air di dalam periuk. (Ikutlah nak banyak mana supnya)
  2. Masukkan bahan cincang halus. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan ayam, sup bunjut dan karot. Biarkan mendidih dan ayam masak.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  5. Masukkan makaroni. Masak dalam 10 minit.
  6. Masukkan daun sup. Kacau rata.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


SAMBAL IKAN SARDIN

SAMBAL IKAN SARDIN
Bahan-bahannya:
2 tin kecil ikan sardin (saya guna AYAM BRAND)
4 sudu makan cili kisar
1 keping asam gelugor
1 biji bawang besar - mayang bulat




Bahan Tunbuk/ hiris nipis:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar




Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak dan agak garing.
  3. Masukkan ikan sardin bersama dengan sosnya, sedikit air, bawang besar yang dimayang dan asam keping. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



Monday, 17 December 2012

STICKY CHICKEN WINGS

STICKY CHICKEN WINGS
Bahan-bahannya:
13 ketul kepak ayam 
4 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil maggi seasoning 
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
6 sudu makan madu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam
1 cawan air

Bahan tumbuk lumat:
2 inci halia
6 ulas bawang putih

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan kecuali ayam dan air ke dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Masukkan ke dalam besen berisi ayam. Gaul rata dan perapkan selama 30 minit. (Selalu yang saya buat ialah saya perapkan ayam dulu kemudian saya masak nasi dan lauk-lauk lain. Selesai semua proses memasak, baru saya masakkan ayam ini).
  3. Panaskan sedikit minyak ke dalam non-stick pan.
  4. Masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan secawan air. Masak sehingga kuahnya pekat dan melekit. Bila kuahnya sudah pekat, ayam hendaklah dikacau selalu supaya sosnya tidak hangit.
  5. Masak sehingga kuahnya melekat pada ayam dan seakan-akan dibakar. 
  6. Tutup api dan hidangkan ayam. Buang minyak lebihan minyak.


Wednesday, 12 December 2012

AYAM MASAK KICAP RESEPI BONDA

AYAM MASAK KICAP RESEPI BONDA
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - garam kunyit dan digoreng hingga masak
1 biji bawang besar - dimayang bulat
1 biji cili merah - potong serong kasar
1 biji cili hijau - potong serong kasar
1 biji karot - dipotong 1 1/2 inci dan dibelah 4
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
6 sudu makan kicap lemak masin
1 cawan air
sedikit serbuk perasa


Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar


Cara Masak:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. 
  2. Masukkan kedua2 sos, tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan karot dan cili hiris. Kacau rata.
  4. Masukkan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan kicap dan serbuk perasa. Masak hingga karot empuk.
  6. Masukkan ayam goreng dan bawang besar. Kacau rata. Masak hingga bawang layu. 
  7. Tutup api. Siap.


Sunday, 9 December 2012

PUDING ROTI BAKAR

PUDING ROTI BAKAR
Bahan-Bahannya:
10 - 12 keping roti - disapu marjerin/butter dan dipotong 4
1 tin susu sejat
4 biji telur
4 sudu makan gula
1/2 cawan air
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit raisin/buah2an kering - untuk taburan

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven pada suhu 150'.
  2. Susun roti di dalam loyang yang telah digriskan.
  3. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk dan pukul rata. (saya guna wisker aje. Tak perlu pukul hingga kembang).
  4. Masukkan susu sejat, air dan esen vanilla. Kacau rata.
  5. Tuang adunan rata-rata ke atas roti yang sudah disusun dalam loyang tadi.
  6. Tabur raisin.
  7. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 150'C selama 40 minit atau hingga atas puding perang.


Saturday, 8 December 2012

TAUHU TELUR-SOTONG MASAK KICAP

TAUHU TELUR - SOTONG MASAK KICAP
Bahan-bahannya:
2 peket tauhu telur - potong 4 dan digoreng
2 ekor sotong - potong cincin
2 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - potong bulat
3 sd mkn sos cili
2 biji cili merah - hiris serong
4 sd mkn kicap lemak masin - (nak guna kicap lemak manis pun boleh, tapi kena tambah garam sikit)
sedikit serbuk perasa (optional)
sedikit daun bawang

Cara Masak:

  1. Panaskan 2 sd mkn minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning.
  2. Masukkan sos cili. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kicap dan sedikit serbuk perasa.
  4. Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga sotong masak.
  5. Masukkan tauhu telur yang sudah digoreng. Kacau rata.
  6. Masukkan hirisan daun bawang. Kacau rata. Siap.


SAUSAGE

SAUSAGE
Bahan-Bahannya:
12 ketul sosej - kali ni saya gunakan sosej mashroom AYAMAS
3 sd mkn sos cili
3 sd mkn sos tomato
1/2 sd teh garam
2 sd teh gula
2 biji telur - dikacau dgn garfu
12 keping roti
Minyak masak

Cara-caranya:

Didihkan air dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan sosej dan biarkan mendidih sekali lagi. Bila nampak sosej dah kembang, sejatkan.

Panaskan 2 sd mkn minyak dlm kuali. Tumis sos cili dan sos tomato. Masukkan garam dan gula. Sentiasa kacau hingga likat. Masukkan sosej dan gaul hingga sos menyaluti sosej.

Gelek roti hingga nipis. Tujuannya supaya mudah digulung, tak serap telur dan minyak. Jadi tak perlu guna telur yang banyak dan sosej tak berminyak.

Gulung sosej dengan roti satu persatu hingga habis.

Panaskan minyak dalam kuali. Golekkan roti sosej ke dalam telur dan goreng hingga kekuningan. 

Hidangkan sosej bersama lebihan sos sira tadi. Yummy! Yummy!

Tuesday, 4 December 2012

APAM SENYUM

APAM SENYUM
Bahan2
2 biji telur
250gm gula
1 s mkn ovellate
300gm tpg gandum
1 sd kecil baking powder
200ml susu cair
esen vanila

cara2
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan ovellate & esen vanilla. Pukul lagi
  3. Masukkan tepung bercampur baking powder berselang seli dgn susu
  4. Bahagi kan kepada beberapa warna mengikut rasa
  5. Masukkan ke dalam papercup berselang seli @ mengikut kreativiti
  6. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang kuat, baru la apam kita sonyum sengeh.
SELAMAT CUBA