Recent Posts

Friday, 5 October 2012

SUP AYAM MUDAH

SUP AYAM MUDAH
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam
3 biji kentang - belah 4
1 biji karot - belah 2 kemudian potong 1 inci panjang
1 sup bunjut adabi
1 biji bawang besar - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris halus
1 pokok daun sup - cincang kasar
Air secukupnya

Cara Masak:

  1. Masukkan semua bahan kecuali daun sup ke dalam periuk dan didihkan di atas api.
  2. Bila sudah mendidih, masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  3. Teruskan proses memasak menggunakan api sederhana perlahan sehingga ayam dan ubi kentang empuk. 
  4. Masukkan daun sup, kacau rata. Tutup api.
  5. Sedia untuk dihidangkan.


SAMBAL KICAP

SAMBAL KICAP
Bahan-bahannya:
25 biji cili api
2 - 3 ulas bawang putih
Kicap pekat manis

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan semua cili dan bawang putih. Tutup segera kuali anda. Bila sudah tiada lagi letupan dalam kuali, alihkan tudung kuali dan kacau cili supaya masak rata. Bila semua cili dah layu, angkat dan ke tepikan. (Ada petua supaya dipatahkan sikit cili tu sebelum digoreng supaya tidak meletop tapi saya kadang-kadang tu malas. Tutup ajelah kuali tu dengan tudung periuk. hahaha...)
  2. Masukkan cili goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat.
  3. Masukkan cili tumbuk ke dalam mangkuk dan curahkan kicap manis. Kacau rata.
  4. Sedia untuk dihidangkan. 
*** Sambal kicap ini sedap dinikmati bersama sup ayam, tauhu goreng, tempe goreng, pisang goreng, soto dan macam-macam lagi.



Thursday, 4 October 2012

KACANG BUNCIS TUMIS BERLADA

KACANG BUNCIS TUMIS BERLADA
Bahan-bahannya:
Kacang buncis - dipotong serong nipis
Segenggam udang kecil
4 sudu makan cili kering kisar
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris nipis

Cara Memasak

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan udang. Gaul rata hingga udang separuh masak.
  4. Masukkan kacang buncis, secawan air, garam dan sedikit serbuk perasa. Gaul rata hingga kacang layu dan masak.
  5. Sedia untuk dihidangkan.


KOBIS GORENG MAMAK STAIL

KOBIS GORENG MAMAK STAIL
Bahan-bahannya:
1/2 biji kobis - potong kecil
1 biji karot - potong mancis
1 sudu makan biji sawi
5 biji cili kering - gunting pendek-pendek
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan biji sawi.
  2. Masukkan bawang putih, bawang besar, serbuk kunyit dan cili kering, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan kobis dan karot serta sedikit garam dan serbuk perasa.
  4. Gaul rata hingga kobis dan karot masak. (Tak perlu masukkan air ye)
  5. Sedia untuk dihidangkan.



AYAM MASAK KARI PULLAY

AYAM MASAK KARI PULLAY
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - lumur garam kunyit dan goreng hingga masak
4 sudu makan cili kisar
6 sudu makan kicap pekat masin
4 tangkai daun kari
2 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah - potong tiga kemudian hiris memanjang
1 cawan air asam jawa

Bahan tumbuk lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan daun kari dan kacau  rata.
  2. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga terbit minyak dan agak garing.
  3. Masukkan kicap, kacau rata.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau dan biarkan mendidih. 
  5. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, cili merah dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  6. Masukkan ayam goreng. Kacau rata. Masak hingga kuahnya pekat dan bersalut pada ayam. Sedia untuk dihidangkan.