Recent Posts

Thursday, 31 May 2012

DAGING MASAK KICAP BLACKPEPPER

Lama dah tak masak daging masak kicap blackpepper ni. Kalau nak tau, inilah resepi yang diajar oleh arwah ibu mertua saya.. antara resepi awal yang diajar kepada saya setelah sah saya menjadi menantunya.. Yelah.. masa tu baru je habis belajar kat U... (alasan kukuh tak reti memasak... hahaha..). Ini juga antara menu kegemaran suami saya. Resepinya mudah aje.. Oklah.. di sini saya sertakan resepi daging masak kicap blackpepper ni ye...



DAGING MASAK KICAP BLACKPEPPER
Bahan2:
600 g daging batang pinang – dihiris nipis
 9 sudu mkn kicap lemak masin (saya guna cap angsa merah)
1 biji bawang besar – dipotong bulat
1 biji cili besar merah – dihiris memanjang

Bahan tumbuk:
2 sd mkn lada hitam biji
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Caranya:
1.       Di dalam bekas. campurkan daging, bahan tumbuk, dan kicap. Perap dlm 15 minit.
2.       Panaskan 2 sd mkn minyak di dlm kuali. Masukkan semua bahan perap. Tumis hingga air daging keluar dan biarkan kering sedikit.
3.       Masukkan 3 gelas air, biarkan daging masak hingga kuahnya pekat.
4.       Masukkan sedikit serbuk perasa, bawang besar yg dipotong bulat dan cili besar merah. Masak hingga bawang layu.. Bolehlah dihidangkan.

Ok ye kawan2... Selamat mencuba...




APAM INDON

APAM INDON

Bahan2
5bj telur
1sk ovalette
1sk esen vanila
300gm tepung gandum
300gm gula halus
250ml susu segar @ santan(saya guna santan)
1/2sk baking powder
sedikit garam
pewarna

cara2
  1. Putar telur dan ovalette dgn kelajuan tinggi hingga kembang, masukkan gula-putar
  2. masukkan esen vanila-putar lagi
  3. kurangkan kelajuan mixer n masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn santan tadi
  4. bahagikan 6 bahagian-koko 2 bahagian,4 lagi:hijau-pandan,pink-strawberi,kuning-vanilla,purple-blueberi
  5. sediakan kukusan.guna loyang 9 inci
  6. kukus lapisan 1 warna koko selama 10 minit @ sehingga tidak melekat
  7. lapisan kedua:campur 4 bahagian tadi secara berselang seli dan kukus lagi
  8. lapisan terakhir lapisan coklat.kukus sehingga masak
Selamat mencuba....!!!!




RENDANG PEDAS AYAM


RENDANG PEDAS AYAM
Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam
3 cawan santan pekat
4 sd mkn cili kering kisar
2 sd mkn kerisik
2 helai daun kunyit - dihiris halus


Bahan kisar:
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
3 btg serai - dihiris nipis
3 ulas bwg putih
1 1/2 biji bwg besar


Cara Masak:

  1. Masukkan sekali semua bahan dlm kuali kecuali kerisik.
  2. Masak hingga mendidih. 
  3. Masukkan kerisik, garam dan serbuk perasa. 
  4. Masak hingga kuahnya pekat. Kerap2 kacau supaya tidak hangit bawahnya.
  5. Tutup api. Hidangkan.



Wednesday, 30 May 2012

PUTERI AYU

PUTERI AYU
Bahan:
2 cwn tepung gndum
1 sdt baking powder

1 1/2 cwn santan / susu cair
3 biji telur
1 sdt ovalette
1 cwn gula kastor( gula halus pun boleh)
pes pandan n warna hijau sikit

1 biji kelapa di gaul dgn air gram+ 1 sdt tepung jagung


cara2nya tepung gandum n baking pwder diayak...dlm bekas yg lain masukan gula, ovalette, putar dgn mixer, pastu masukan telur sebiji2...masuk santan dan tepung gandum..putar lagi hingga gebu...

.untuk kelapa kita campur dgn tepung jagung+ air garam....masukan kelapa kat acuan tekan kasi padat pastu letak bancuhan tadi diatasnya jgn penuh sangat...kukus hingga masak (lebih kurang 20 minit)

INI PUTERI AYU VERSI TAKDE KELAPA (Sebenarnya kelapa dah habis tapi adunan ada lagi sikit, jadi saya masukkan secubit garam utk bagi rasa lemak.. Eh! Sedap pulak. hehehehe)




Tuesday, 29 May 2012

SPAGHETTI BERSOS CENDAWAN

SPAGHETTI BERSOS CENDAWAN
Cara membuat: 
  1. Didihkan air yang banyak dlm periuk. Masukkan 1 sd mkn extra virgin olive oil dan sedikit garam. Masukkan 1/3 bungkus spaghetti. Masak mengikut masa yg terdapat pada bungkusan spaghetti tu. Toskan dan ke tepikan.
  2. Panaskan 4 sd mkn minyak zaitun extra virgin dlm kuali. Tumis 1 biji bawang besar (saya guna bwg yg besar, kalau bwg tu saiz kecil, guna la 2 biji. Makin byk bwg makin manis rasanya) yg dipotong dadu hingga wangi.
  3. Masukkan ½ bungkus ayam kisar/daging kisar (Ramly ke, apa2 jenama lah). Kacau hingga daging berubah warna.
  4. Masukkan cendawan butang yg telah di belah dua dan dihiris nipis (saya suka guna jenama AYAM BRAND sbb cendawannya besar2 dan nampak segar).
  5. Masukkan 1 tin sos cendawan PREGO, sedikit garam, 1 cawan air (saya guna air rebusan spaghetti tadi). Gaul rata dan biar mendidih.
  6. Masukkan mixed herbs dan oregano. Gaul rata. (tadi saya tengok dlm peti ais ada cheese chedar keping. Jadi saya hiris halus2 sebyk 2 keping dan masukkan kked lmkuah). Gaul rata semua hingga cheese larut. Tutup api.
  7. Bila nak hiding, baru masukkan spaghetti ke dlm kuah dan gaul rata. Siap